Lelaki Hidap Kanser Tulang Sanggup Jalan 10km Kutip 116kg Sampah Di Persisir Pantai Kuala Perlis - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Lelaki Hidap Kanser Tulang Sanggup Jalan 10km Kutip 116kg Sampah Di Persisir Pantai Kuala Perlis

Avatar
Share

Sakit mata melihat sampah-sarap berteraburan menyebabkan seorang penghidap kanser tulang berjalan kaki sejauh kira-kira 10 kilometer untuk mengutip sampah di pantai Kuala Perlis.

Umat Osman sanggup berjalan kaki sejauh kira-kira 10 kilometer di persisiran pantai tersebut semata-mata untuk mengutip sampah seperti barangan plastik, tin minuman dan besi buruk yang dibuang merata-rata.

Walaupun ada yang menganggap perbuatan ‘gila’, ia tidak mematahkan semangat penjaga parkir itu untuk terus melakukan perbuatan mulia itu.

Dia sanggup melakukan perkara itu kerana rimas melihat sampah yang dibuang merata-rata itu sehingga menyakitkan pandangan dan mencacatkan pemandangan di pantai itu.

Umat, 42, yang akan keluar mengutip sampah selepas subuh berkata pada awalnya dia hanya suka-suka mengutip sampah namun tidak menyangka barang yang dianggap tidak berharga itu mempunyai nilai apabila dikumpul dan dijual.

“Kira-kira 116 kilogram botol plastik dan tin minuman yang saya pungut dalam masa sebulan apabila dijual hanya dapat lebih kurang RM203, kalau dikira dari segi wang ringgit memang tidak berbaloi,” katanya kepada Bernama.

Namun, katanya apa yang dicari bukanlah wang ringgit sebaliknya niat mahu berbakti kepada alam sekitar kerana sedar tiada orang yang sanggup melakukan kerja ‘kotor’ itu dan jika dibiarkan, sampah akan terus bertaburan merata-rata.

[Gambar: Facebook Perlis Nature and Wildlife]

Menurutnya, dia akan terus mengutip sampah di kawasan itu selagi terdaya asalkan alam sekitar terpelihara sekali gus punca pendapatan nelayan sekitar juga tidak terjejas disebabkan sampah yang dibuang.

“Terdapat nelayan yang saya kenali mengadu apabila menangkap ikan, mereka dapat lebih banyak sampah daripada ikan,” katanya yang turut menasihati orang ramai agar tidak membuang sampah khususnya ke dalam laut yang akan mengganggu ekosistem hidupan marin.

Lebih menarik, Umat juga kreatif menghasilkan pelampung pukat menggunakan barangan terpakai yang dikutipnya dan menggunakan jaring rosak yang dibuang nelayan untuk memuatkan sampah yang dikutipnya.

[Gambar: Facebook Perlis Nature and Wildlife]

Kisah Umat mula menjadi tular dalam laman sosial apabila seorang penduduk di Kuala Perlis memuat naik gambar Umat ke Facebook dan menggelarnya sebagai ‘Trash Hero’ sehingga mendapat pujian dalam kalangan netizen.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perlis Azman Shah Ismail meminta orang ramai mencontohi inisiatif yang dilakukan Umat bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar.

“Apa yang dilakukan Umat hari ini bertepatan dengan kempen kerajaan dalam sambutan Hari Alam Sekitar Negara baru-baru ini dengan slogan ‘Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’,” katanya ketika menemui Umat sebagai penghargaan JAS kepada usaha murni lelaki itu.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=KeGXu9UgsDA[/embedyt]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!