Letusan Gunung Berapi New Zealand, Pelancong Malaysia Antara Mangsa yang Terkorban & Hilang - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips

Letusan Gunung Berapi New Zealand, Pelancong Malaysia Antara Mangsa yang Terkorban & Hilang

Share
  • Letusan sederhana gunung berapi berlaku di Whakaari/White Island, New Zealand pada 9 Disember sekitar jam 2.11 petang (waktu tempatan.
  • Pihak berkuasa New Zealand melaporkan sekurang-kurangnya lapan mangsa masih hilang & jumlah kematian setakat ini masih kekal lima orang.
  • Pelancong yang hilang adalah dari Australia, Amerika Syarikat, Britain, Malaysia & China selain warga New Zealand sendiri sebagai tour guide.

Sebuah gunung berapi meletus secara tiba-tiba di Whakaari/White Island, terletak 50 km dari pantai timur Pulau Utara New Zealand.

Ia adalah gunung berapi kon paling aktif di negara Kiwi sepanjang 150 ribu tahun yang lalu. Gunung berapi White Island popular dalam kalangan pelancong yang mengunjungi pulau tersebut.

White Island, New Zealand
Pengunjung boleh lihat kesan volkano masih aktif di sini

Menurut penguasa polis Waikato, Bruce Bird berkata, semasa kejadian, teradapat seramai 47 orang melawat pulau itu semalam – lima disahkan terbunuh, lapan masih hilang, 31 orang menerima rawatan di hospital dan tiga lagi sudah dibenarkan pulang.

Sekurang-kurangnya seorang rakyat Malaysia maut dalam insiden ledakan gunung berapi itu. Laporan itu disahkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand menerusi Twitter. Bagaimanapun, butiran mangsa masih belum diketahui.

Kedudukan Whaakari / White Island
Michael Schade, pengunjung ke pulau itu, menangkap gambar ini dari bot, detik-detik selepas letusan bermula

Ray Cas, seorang profesor emeritus di Monash University, berkata pulau itu telah menjadi ‘bencana’ yang akan berlaku bila-bila masa selama bertahun-tahun. Beliau merasakan bahawa ia adalah terlalu bahaya untuk membenarkan kumpulan pelancong berkunjung ke pulau gunung berapi secara harian.

Letusan terakhir yang menyebabkan kematian pernah berlaku pada tahun 1914, ketika itu mengorbankan 12 pelombong sulfur. Lawatan harian ke pulau gunung berapi itu telah membawa lebih daripada 10 ribu pelawat setiap tahun.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand meminta orang ramai untuk menghubungi kedutaan menerusi telefon +64-43852439 / +64-210440188 or emel [email protected] jika menerima maklumat tentang mana-mana rakyat Malaysia yang berada di kawasan gunung berapi itu.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!