Lexis Hotel Group Tawar Pakej 'Staycation' 2H1M Bagi Korang yang Sudah Lengkap Vaksinasi );

Type to search

Backpackerz Stay In

Lexis Hotel Group Tawar Pakej ‘Staycation’ 2H1M Bagi Korang yang Sudah Lengkap Vaksinasi

Share
lexis hotel

26 Ogos lalu kerajaan mengumumkan kelonggaran SOP bagi yang sudah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 untuk penduduk di Negeri Sembilan yang beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Sehubungan itu Lexis Hotel Group mengalu-alukan kedatangan pengunjung yang sudah melengkapkan suntikan vaksin untuk menginap di hotel dan resort di Port Dickson.

BACA: 4 Hotel Tawar Kolam Renang Air Masin untuk ‘Staycation’ Berkualiti di Lembah Klang

Ini juga sejajar dengan pembukaan Lexis Suites Penang kepada penduduk di Pulau Pinang yang sudah melengkapkan vaksin dengan pengumuman fasa kedua PPN di negeri itu sejak 10 Ogos lalu.

lexis hotel
Pakej 'Staycation' yang ditawarkan oleh Lexis Hotel Group.

Lexis Hotel Group tawarkan kepada semua individu di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang memenuhi syarat dan kriteria seperti berikut;

1. Semua petugas barisan hadapan

2. Pekerja essential dengan surat kelulusan MITI

3. Warganegara Malaysia dan asing yang sudah lengkap vaksin (negeri Fasa 2)

Pakej percutian di Lexis Hibiscus di Port Dickson.
lexis hotel
Lexis Hibiscus Port Dickson.

Individu-individu yang telah lengkap divaksin adalah individu yang telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

1. Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cormirnaty (Pfizer-BioNTech), Vaxzevria (Oxford-AstraZeneca) dan CoronaVac (Sinovac) – individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; atau

2. Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID-19 Janssen (Johnson&Johnson) dan Convidecia (CanSino) – individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

3. Kad/Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dikemukakan sebagai bukti

4. Individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah, di hotel-hotel dan resort Lexis, dengan mematuhi protokol kesihatan umum. Para tetamu juga dapat menikmati percutian mereka di persekitaran yang selamat di hotel-hotel dan resort Lexis.

lexis suite penang
Lexis Suite Penang turut mengadakan pelbagai promosi bersempena kemerdekaan.

Berikut adalah SOP yang ketat diamalkan di semua Lexis Hotel Group untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan semua tetamu yang telah lengkap vaksin:

1. Pemeriksaan suhu badan dan polisi wajib memakai pelitup muka sebagai protokol standard

2. Borang pengisytiharan kesihatan, log masuk tanpa sentuhan (termasuk pengimbasan aplikasi MySejahtera) dan pemeriksaan Sijil Vaksinasi Digital semasa ketibaan

3. Peningkatan kekerapan pembersihan ke semua permukaan sentuhan tinggi dan kawasan umum yang digunakan oleh para tetamu di seluruh hotel dan resort oleh kakitangan pembersihan profesional

4. Penggunaan pembersih dan pembasmi kuman kelas perubatan di seluruh hotel-hotel dan resort

5. Kolam renang peribadi di dalam bilik sentiasa dibasmi kuman dan dijaga dengan baik sepanjang masa

6. Pengamalan jarak sosial dan dine-in yang selamat, serta amalan keselamatan makanan yang dipertingkatkan

Lexis Suites Penang.

Bagi korang yang berminat dengan promosi ini, boleh hubungi: Lexis Hibiscus Port Dickson dan Lexis Suites Penang: reservations@lexis.my/ 011-31376550 (WhatsApp), Grand Lexis Port Dickson: reservations@grandlexispd.com/ +06-653 2200

Promosi ini tertakluk dengan terma dan syarat. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web hotel dan resort Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson dan Lexis Suites Penang.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!