Lihat Ini 10 Bandar Raya Terbaik di Dunia untuk Anda Kunjung & 'Stay' Lama - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Insider Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips Visit Malaysia 2020

Lihat Ini 10 Bandar Raya Terbaik di Dunia untuk Anda Kunjung & ‘Stay’ Lama

Share
  • Pada tahun 2019, Portugal, Sepanyol & Taiwan kekal kekal dalam tiga teratas tetapi menyaingi antara satu sama lain.
  • “Expatriate Traveler” paling bahagia menetap di Ecuador & Oman kerana tahap keselamatan serta destinasi yang sempurna.
  • Negara jiran, Singapura terkenal kerana peluang industri pelancongan yang berkembang & infrastruktur yang disediakan.

Bandar terbaik dunia untuk hidup dan dikunjungi adalah Taipei, yang menawarkan kualiti kehidupan yang maksima, sesuai untuk waktu berehat yang panjang. 

Apa yang menarik perhatian penulis adalah empat bandar teratas di seluruh dunia terletak di Asia iaitu Taipei, Kuala Lumpur, Ho Chi Minh City dan Singapura. Proud to born as Malaysian citizen guys! (Sumber: Internations)

Taipei, Taiwan

Destinasi yang tersenarai sebagai The World’s Best Cities to Live mempunyai kelebihan lokasi yang menjadi pilihan pengembara atau expatriate traveler untuk percutian hujung minggu ke negara-negara berdekatan.


1 – Taipei

Bagi tahun kedua berturut-turut, Taiwan kekal sebagai pelopor bandar terbaik untuk hidup. Pengunjung cukup gembira dengan kesinambungan kualiti kehidupan di sini. Kos hidup di Taiwan lebih murah berbanding Jepun, Korea dan Hong Kong.

Tahap keselamatan di Taiwan cukup menyakinkan pengembara luar untuk memilih destinasi ini sebagai bandar terbaik untuk dikunjungi dan menetap.

Taipei XinYi District, Taiwan

2 – Kuala Lumpur

“Kuala Loco” menjadi pilihan kedua sebagai bandar yang disenangi pengembara dan ekspatriat. Ia mudah digabungkan dengan kepelbagaian budaya, variasi makanan dan rakyat yang mesra.

Bahasa juga tidak menjadi masalah jika seseorang boleh bercakap bahasa English kerana majoriti penduduk Malaysia mampu berbahasa dual-language. One word to describe Kuala Lumpur is “easy on the wallet, easy to travel to/from and offering reasonable cost”.

AirAsia tawar tambang istimewa
Kuala Lumpur

3 – Bandar Ho Chi Minh

Bandaraya Ho Chi Minh menduduki tangga ke tiga bandar terbaik untuk dikunjungi. Ia mudah untuk berurusan dan bekerjasama dengan masyarakat tempatan serta menawarkan kos sara hidup yang baik.

Secara tidak langsung memudahkan pelancong luar berbelanja apa sahaja di sini.

Rainy night at Ho Chi Minh City

4 – Singapura

Kedudukan kota Singa ini dengan destinasi-destinasi popular di Asia Tenggara memberikannya kelebihan. Cukup terkenal dengan kecanggihan lapangan terbang antarabangsa yang hebat.

Banyak peluang untuk melakukan pengembaraan serta penerokaan di Singapura. Walau bagaimanapun, kos hidup harian adalah tinggi untuk keperluan asas seperti penjagaan kesihatan serta kos pengangkutan menggunakan kereta atau teksi.

malaysia
Haji Lane, Singapura
Orchard Road, a shopping paradise in Singapore

5 – Montreal

Bandar terbesar di wilayah Quebec di Kanada. Ia masih mengekalkan teras penjajahan lamanya, Place Royale dan pelabuhan bersejarah, Vieux Port yang kini terkenal dengan kehidupan malam.

Cuma di sini, faktor cuaca akan memberi masalah kerana musim sejuk terlalu panjang dan dingin.

Montreal, Canada

6 – Lisbon

Terkenal dengan keindahan geografinya, Lisbon telah dipilih di anara 10 bandar teratas di seluruh dunia untuk ‘settle down’ dan menawarkan kehidupan berkualiti.

Terdapat banyak lokasi ikonik yang menjadi perhatian pelancong dan pengembara. Lisbon juga popular dengan kemudahan trem kuning yang berjalan di seluruh bandar.

Lisbon, Switzerland

7 – Barcelona

Barcelona, ibu negara kosmopolitan wilayah Catalonia Sepanyol, terkenal dengan seni dan seni bina. Hampir setiap pengembara dan ekspatariat senang menyesuaikan diri dengan iklim tempatan serta pilihan aktiviti bersesuaian melibatkan sosial, budaya dan seni. 

Bandar kelab bola sepak Messi ini juga berada di kedudukan 10 teratas dalam subkategori Kesihatan dan Alam Sekitar.

Barcelona, Spain

8 – Zug, Switzerland

Zug bukan sahaja bandar dengan cukai yang rendah di Switzerland, malah menawarkan kualiti kehidupan dunia yang terbaik. Terletak di sebelah tasik yang dikelilingi oleh gunung-gunung bersalji.

Pengunjung dan ekspatriat menyenangi mod pengangkutan tempatan, kualiti persekitaran mahupun keselamatan serta privasi mereka.

Terletak di sebelah tasik yang dikelilingi oleh gunung-gunung bersalji
Zug during winter
Zug, Switzerland

9 – The Hague, Netherlands

Bandar ini dikenali sebagai Holland’s most royal city. Menawarkan bandar Dutch indah dengan lokasi tepi sungai, Binnenhof, Peace Palace, dan Mauritshuis Museum.

Oh jangan lupa singgah ke Scheveningen beach! Lukisan terkenal Jan Vermeer,”Girl with a Earring Pear” juga di The Hague.

The Hague, Netherlands
The Hague, Netherlands

10 – Basel

Sebuah bandar yang terletak di antara sempadan negara Perancis dan Jerman, Basel terkenal dengan kemeriahan acara kebudayaan yang dinamik terutamanya dalam seni serta teater.

Basel juga rumah kepada 40 muzium, kota budaya untuk para pencinta sejarah dan warisan. Basel juga mempunyai Old Town yang indah, seni bina moden, dan Rhine – lokasi yang menarik untuk berehat seketika.

Basel, Switzerland
Basel during night
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!