Lokasi Hiking Di Malaysia Yang Sesuai Untuk Beginner );

Type to search

Backpackerz Insider

Lokasi Hiking Di Malaysia Yang Sesuai Untuk Beginner

Ain Huda
Share

Sejak tidak boleh melancong jauh, ramai yang mula teroka bukit dan gunung di sekitar kawasan tempat tinggal. Yang tidak pernah mendaki atau cuba hiking, sekarang sudah mula berjinak-jinak untuk menghilangkan rasa bosan.

Gaya hidup sihat sangat penting, jangan terperap saja di rumah. Cari aktiviti yang menyeronokkan dan boleh mengeluarkan peluh seperti mendaki. Kepada beginner, tidak di sarankan untuk mendaki gunung atau bukit yang terlalu tinggi, mulakan perjalanan dengan bukit yang bersesuaian dengan ketahanan badan. Di Malaysia, banyak sangat bukit dan gunung yang sesuai untuk pendaki level amatur.

Gunung Lambak, Johor

Gunung Lambak mempunyai dua puncak gunung, pucak tertinggi kira-kira 510 meter. Sampai ke puncak gunung, pendaki dapat melihat pemandangan sekitar bandar Kluang. Terdapat banyak tumbuhan dan bunga liar yang menghiasi sepanjang perjalanan hingga ke puncak gunung.

Bukit Panorama, Pahang

Perjalanan untuk sampai ke puncak tak susah sebab ada tangga disediakan. Sekitar 40 minit hingga sejam untuk sampai ke puncak bukit dan menikmati pemandangan awan yang cantik dari atas. Disarankan naik ke Bukit Panorama pada awal pagi sebelum matahari naik atau petang untuk melihat matahari terbenam. Di sini juga disediakan tandas awam di kaki bukit. Boleh selesaikan apa yang patut sebelum mulakan pendakian.

Bukit Keluang, Terengganu

Terletak di daerah Besut. Kawasan yang mudah dan sedikit berbatu untuk sampai ke puncak. Menikmati pemandangan laut yang terbentang luas dan tenang. Selain itu, dari puncak bukit juga kelihatan Pulau Rhu dan Pulau Perhentian.

Bukit Gasing, Selangor

Untuk sampai ke puncak Bukit Gasing lebih kurang satu jam. Menikmati pemadangan semula jadi di pusat bandar. Trek yang mudah dan sangat sesuai untuk hikers yang ‘baru belajar’.

Bukit Jambul, Pulau Pinang

Mengambil masa 30 minit untuk sampai ke puncak setinggi 500 meter dari aras laut. Trek yang mudah, berbatu dan tar. Dari puncak Bukit Jambul pendaki akan menikmati pemandangan Jambatan Pulau Pinang dan kawasan Bayan Lepas.

Bukit Padang, Sabah

Istimewa di Bukit Padang atau Taman Tun Fuad Stephens mempunyai tasik dikelilingi bukit di tiga sisi. Ketinggi bukit ini adalah 477 kaki dan memerlukan 20 hingga 45 minit untuk perjalanan melalui lebih 200 anak tangga.

 

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!