Gara-gara Aksi Bodoh Lukis Pelitup Muka Untuk Masuk Dalam Pasar Raya, Dua Influencer Ditahan Dan Akan Dihalau Keluar Dari Bali

Type to search

Backpackerz Isu

Gara-gara Aksi Bodoh Lukis Pelitup Muka Untuk Masuk Dalam Pasar Raya, Dua Influencer Ditahan Dan Akan Dihalau Keluar Dari Bali

Share
Influencer lukis mask

Dua orang influencer ditahan di sebuah pusat imigresen Indonesia dan menunggu untuk dihantar pulang dari Bali akibat mempermainkan peraturan pemakaian pelitup muka selepas mereka masuk ke dalam sebuah pasaraya dengan ‘memakai’ pelitup muka lukisan.

Pihak berkuasa telah merampas pasport milik YouTuber Taiwan, Josh Paler Lin dan influencer Rusia, Leia Se selepas video yang dirakam oleh mereka melakukan perkara tersebut tular.

Walaupun hukuman bagi warga asing yang pertama kali melanggar peraturan pemakaian pelitup muka adalah denda sebanyak 1 juta rupiah (RM285) dan dihantar pulang selepas kesalahan kedua, pihak polis mahu mereka segera dikeluarkan dari pulau itu.

“Adalah wajar untuk menjatuhkan hukuman lebih berat kepada mereka, bukan hanya dengan denda tetapi juga harus diusir,” kata Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam Bali, Dewa Nyoman Rai Dharmadi.

“Mereka bukan hanya melanggar (undang-undang), tetapi dengan sengaja memprovokasi orang ramai untuk melanggar garis panduan kesihatan.”

Beliau berkata kedua-dua mereka akan ditempatkan di sel tahanan di pejabat imigresen sementara menunggu penerbangan mereka.

Sementara itu Jamaruli Manihuruk, yang mengetuai pejabat wilayah Kementerian Kehakiman dan Hak Asasi Manusia Bali berkata mereka akan dihantar pulang sejurus selepas menjalani ujian Covid-19.

Jamaruli Manihuruk, yang mengetuai pejabat wilayah Kementerian Kehakiman dan Hak Asasi Manusia Bali, mengatakan bahawa Lin dan Se akan dideportasi secepat mungkin setelah mereka diuji untuk Covid-19.

“Warga asing yang tidak menghormati undang-undang dan peraturan di Indonesia akan dihantar pulang,” katanya.

Pasangan itu telah memuatnaik satu video maaf melalui Instagram Josh.

“Saya membuat video ini bertujuan untuk menghiburkan orang kerana saya adalah seorang content creator dan menjadi tugas saya untuk menghiburkan orang. Namun, saya tidak menyedari bahawa apa yang saya buat sebenarnya boleh membawa kepada banyak komen negatif,” katanya.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!