Macao Destinasi Bajet & Sesuai untuk 'Travel Solo', Ini 6 Sebabnya - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Feast Insider Itinerari Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips

Macao Destinasi Bajet & Sesuai untuk ‘Travel Solo’, Ini 6 Sebabnya

Share
  • Macao adalah wilayah kecil yang menawarkan 1001 keseronokkan & tarikan pelancong masa kini.
  • Berbanding dengan bandar utama lain di seluruh dunia, Macao diklasifikasikan cukup selamat untuk pelancong luar / solo traveler.
  • Jangan lupa melawati Taipa Houses Museum kerana ia lokasi kegemaran Team BackPackerz;kawasan pelancong yang cukup unik dengan deretan rumah klasik warna hijau pastel era kolonial Macao.

Sebagai pengembara solo, perancangan yang teliti lebih utama daripada terus lakukan sebarang perjalanan. Pilih tempat yang ingin dikunjungi, nilai aspek keselamatan destinasi yang dituju, kemudahan makan, mod pengangkutan dan perkara lain.

Team BackPackerz telah memudahkan dan ‘melindungi’ anda dalam perihal tersebut. Inilah sebabnya mengapa Macao patut menjadi destinasi perjalanan solo anda yang seterusnya. Packing now and ready to fly!

Penulis jumpa geng kembara perempuan di Fisherman's Wharf, Macao

Mujur sebelum terbang ke Macao, penulis sempat dapatkan “Macao Guide Book” sebagai panduan sepanjang empat hari di sini. Pertama sekali, biarpun Macao terbahagi kepada tiga wilayah iaitu Semenanjung Macao, Taipa dan Coloane, tetapi semuanya masih connected antara satu sama lain.

Jadi, jika menyentuh soal keselamatan, hal ini tidak perlu dirisaukan, kerana anda masih dalam satu kawasan yang boleh dihubungi. Experience Macao Your Own Style!

Macao for Everyone!

1) Sebuah bandar & wilayah yang selamat

Bagi pengembara solo, Macao disenaraikan sebagai salah satu daripada bandar dengan kadar jenayah yang paling rendah di dunia; penipuan dan jenayah kekerasan jarang berlaku.

Penulis sendiri alami pengalaman yang sama, keluar cari makan malam lewat 10 malam pun masih rasa selamat. Masyarakat di sini kelihatan seperti tidak hiraukan anda, cuma mereka tetap prihatin dengan pelancong luar. Andai anda sesat atau menghadapi masalah, cari je individu yang anda rasa yakin untuk bertanya.

Seperti mana-mana bandar di seluruh dunia pun, sentiasa ambil langkah berwaspada, elak bawa barang berharga yang terlalu menonjol serta elakkan laluan lorong-lorong yang meragukan pada waktu lewat malam. Jangan risau untuk berkeliaran bebas seperti seorang pelancong kerana Macao menawarkan bandar yang menjadi tumpuan untuk pengembara solo. Its time say Hi to stranger travel buddy

Oh. satu perkara yang penulis perasan masyarakat di sini mengamalkan budaya komuniti tertumpu seperti menyapa satu sama lain, ada kawasan warga emas beriadah dan berkumpul, menjaga tertib dengan pelancong meskipun kurang fasih berbahasa English..

Penha Hill
Komuniti masyarakat tertumpu di A Ma Temple

2) Mempunyai akses pengangkutan yang baik

Sebelum bergerak solo ke sesebuah destinasi, ambil tahu mod pengangkutan yang disediakan supaya lebih mudah anda nak bergerak tanpa sesat dan membuang masa.

Berdasarkan pengalaman penulis, pergerakan empat hari di Macao cukup mudah dengan pengangkutan awam seperti bas, kemudian teksi dan sekitar Semenanjung Macao, penulis banyak berjalan dari satu lokasi ke lokasi lain. Contohnya, dari Chapel of Our Lady of Penha ke Rua Da Felicidade, jalan tak sampai 15 minit sambil mengamati kehidupan serta suasana bandar di sini.

Sementara itu, terdapat dua terminal feri utama yang boleh membawa anda ke Hong Kong dalam 55 minit iaitu Macao Outer Harbour dan Macao Taipa Ferry Terminal.

Penulis tak sempat berlayar ke Hong Kong, tetapi penulis berpeluang layan pelayaran 30-45 minit dengan Macao Cruise! Mula berlayar dari jeti Fisherman’s Wharf Jetty ke Coloane Pier, kemudian anda boleh bersiar-siar di Coloane Village.

Macao Cruise adalah salah satu alternatif pengangkutan yang ditawarkan selain pengangkutan awam darat seperti bas dan teksi. Untuk buat tempahan boleh layari Macaucruise.com (link).

Pilihan unik yang terdapat di Macao lagi adalah anda boleh menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik (shuttle bas) secara percuma ke atau dari tempat-tempat pelancongan utama. Bagi pengembara solo, anda boleh lebih jimat untuk ronda sekitar Macao Peninsula dengan naik bas tersebut di Grand Emperor Hotel, Wynn Macao, The Venetian, Studio City Macao dan banyak lagi.

Pintu depan naik, pintu belakang turun
Macao Cruise

3) Bas awam cekap, cepat & cermat

Fungsi bas awam di Macao cukup jelas, efisien dan membantu memudahkan perjalanan pelancong tidak kira berkumpulan atau solo traveler. Penulis sendiri alami pengalaman naik bas di sini, cukup mudah dan rileks sikit. Paling penting, anda tahu stesen mana yang dituju, sediakan MOP 6 untuk tambang, faham route bas, settle!

Kalau anda terlepas pandang stesen bas yang dituju, jangan panik sebab bas-bas awam di Macao menyediakan display board serta ada pengumuman nama stesen berikutnya melalui operater, jadi tumpukan perhatian.

Anda boleh dapatkan senarai laluan bas komprehensif di laman web Sociedade de Transportes Colectivos de Macao (TCM) dan mana-mana Macao Tourist Map yang terdapat di Pejabat Pelancong.

Bas awam silih berganti setiap 10-15 minit
Tempat duduk yang selesa
Ada display board & pengumuman stesen

4) Tarikan unik & tak sesak

Tak rare lah kalau Team BackPackerz pergi bongkar lokasi tumpuan pelancong yang sinonim atau mainstream. Jadi, tugas penulis di Macao adalah jelas, kongsikan beberapa spot sesuai untuk pengembara solo layan diri bergambar, hayati sejarah yang ringkas, layan makan ‘titbits’ dan balik ke Malaysia dengan momen terindah.

  • Kejar sunset di Penha Hill

Terletak di Rua de Sao Lourenco, lokasi berselindung disebalik bukit yang jarang orang luar tahu, sebab kawasannya padat dengan kediaman elit mewah tetapi menyajikan pemandangan Macao Tower dan Nam Van Lake. Pengunjung dibenarkan masuk untuk bergambar dan menikmati panorama sehingga 6.30 petang.

  • “Happiness Street”

Tersenarai sebagai Macao’s New Eight Scenis Spots, suasana jalan lama di Rua Da Felicidade ini menyoroti gabungan pengaruh Portugis dan Cina. Deretan rumah di sini mengekalkan rekaan bata bertingkat tinggi, bumbung jubin merah dan diterangi sinaran cahaya lampu kuning klasik.

Rua Da Felicidade
Sunset view di Penha Hill
Tit bits wajib cuba, Portuguese egg tart
Taipa Museum

5) Makanan menyelerakan, perut kenyang

Macao menawarkan segalanya untuk memenuhi citarasa semua pengembara. Mujur selera penulis tidak begitu cerewet, dan pilihan makanan di Macao juga ‘not bad’, cuma kena rajin sikit buat carian.

Kebanyakan tempat-tempat makan yang berstatus halal dan Muslim friendly terletak sekitar Macao Peninsula. Salah satu tempat makan yang boleh anda kunjungi adalah Sambal Jawa Restaurant. Penulis sempat rasai Nasi Ayam Penyet dan Tilapia Goreng.

Sebelum penerbangan balik ke Malaysia, penulis sempat alas perut di Mcd dalam Macao International Airport. Nak selamat, penulis order fillet o fish dan makan sampai habis kentang. Bab makanan ini jangan kita kusutkan sangat, banyak kaedah untuk anda prepare sebelum bercuti. 

Ikan bawal bakar, Restoran Sambal Jawa
Street food seafood di Rua de Cinco de Outubro

6) Adakah Macao destinasi bajet?

Bagi penulis, ia bergantung kepada itinerari yang anda rancang juga. Jika dihitung bajet penulis semasa empat hari disana, tambang bas awam seragam baru MOP 6, kalau rasa nak lebih bajet naik sahaja free shuttle bus.

Bab makan pula bergantung pada selera anda, penulis makan menu ringkas seperti Nasi Ayam Penyet berharga MOP 90. Paling istimewa Macao ini, kebanyakan tempat tarikan pelancong yang sinonim semua tiada bayaran masuk! Untuk penginapan, bandar ini memenuhi semua ‘belanjawan’;hotel lima bintang, butik hotel serta AirBnb.

Okay guys, nantikan siri ketiga pendedahan tempat menarik dan unik di Macao dengan itinerari Team BackPackerz! #MacaoForEveryone #ExperienceMacaoYourOwnStyle

Terokai Macao bersama BackPackerz

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!