Malaysia Airlines Bakal Perkenal Pas Kesihatan Perjalanan Digital );

Type to search

Backpackerz Berita

Malaysia Airlines Bakal Perkenal Pas Kesihatan Perjalanan Digital

Share
Malaysia Airlines

Malaysia Airlines (MAS) merancang untuk memperkenalkan Pas Kesihatan Perjalanan Digital bertujuan untuk melancarkan perjalanan penumpang, dalam usaha terbaru syarikat itu untuk meningkatkan keyakinan penumpang dalam tempoh pasca Covid-19.

Pas tersebut, yang akan diintegrasikan dalam aplikasi mudah alih MAS, akan membolehkan penumpang membuat temu janji dengan pihak perubatan yang diperakui dengan mudah untuk melakukan ujian Covid-19 RT-PCR atau melampirkan sijil vaksinasi Covid-19 mereka di telefon bimbit.

Di samping itu, penumpang dapat memeriksa kelayakan perjalanan mereka dengan syarikat penerbangan sebelum membuat perjalanan, dan berkongsi status “OK To Travel” dengan pihak berkuasa yang berkaitan.

“Pengenalpastian secara digital ini akan membuka jalan untuk penumpang Malaysia Airlines yang akhirnya akan memanfaatkan pilihan teknologi tanpa sentuh sepanjang proses perjalanan,” menurut satu kenyataan.

Pas kesihatan itu akan diselaraskan dengan modul daripada Pas Perjalanan yang dilaksanakan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sekali gus membolehkan penumpang membuat pasport digital pada aplikasi mudah alih Malaysia Airlines.

Naib Presiden Kanan (Lapangan Terbang, Penumpang, Kargo dan Keselamatan) IATA, Nick Careen, berkata aplikasi perjalanan IATA adalah satu penyelesaian yang boleh dipercayai kerajaan dan penumpang sama ada ia berfungsi secara sendirian atau disepadukan dengan aplikasi perjalanan syarikat penerbangan.

Pihak MAS kini dalam sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk melancarkan pas tersebut, dan butiran lebih lanjut akan dikongsi dalam masa terdekat.

Sumber: Bernama
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!