Malaysia Airlines Tawar Tiket Bersubsidi Sehingga RM200 Semua Destinasi Domestik - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Airlines Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

Malaysia Airlines Tawar Tiket Bersubsidi Sehingga RM200 Semua Destinasi Domestik

Avatar
Share
Malaysia Airlines

Syarikat penerbangan nasional negara, Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) hari ini menawarkan sesuatu yang istimewa buat rakyat tempatan setelah gelembung perjalanan dengan kawasan status hijau mula dibenarkan.

Pelanggan Malaysia Airlines berpeluang mendapat tiket penerbangan bersubsidi untuk semua destinasi domestik. Menarik bukan?

Inisiatif tersebut dilancarkan bertujuan menyokong pelaksanaan “Travel Bubble” atau lebih dikenali sebagai gelembung perjalanan hijau.

Sebagai maklumat anda, travel bubble merujuk kepada perjalanan rentas daerah dan negeri membabitkan kawasan, mukim, serta daerah berstatus hijau – bebas daripada kes Covid.

Menerusi kempen Fly Confidently, Malaysia Airlines telah berusaha meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di semua lokasi di bawah pengurusan serta pengendalian mereka.

Langkah ini penting bagi memastikan penumpang dan pelanggan Malaysia Airlines menikmati perjalanan ke destinasi pilihan dalam negara dengan lebih selamat serta berasa selesa.

Malaysia Airlines
Stimulus Cuti Malaysia dengan Malaysia Airlines

“Malaysia Airlines sentiasa optimis perjalanan dan pelancongan domestik akan pulih dengan pantas hasil kerjasama semua pihak dalam memastikan semua langkah keselamatan serta kesihatan yang berkaitan pencegahan penularan Covid-19 dipatuhi sewaktu melakukan perjalanan travel bubble”, Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pengguna Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May.


Malaysia Airlines
YB Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Tambahnya lagi, Malaysia Airlines memberi jaminan kepada pelanggan bahawa kesejahteraan dan keselamatan kesihatan mereka menjadi keutamaan sepanjang perjalanan.

Melalui kempen itu, pelanggan boleh menuntut potongan harga penerbangan sehingga RM200 untuk tambang Kelas Ekonomi dan Kelas Perniagaan ke semua destinasi tempatan.

Stimulus Cuti Malaysia merupakan pendekatan terbaharu oleh Kerajaan Malaysia untuk mempromosikan perjalanan dan pelancongan domestik sepanjang pelaksanaan gelembung perjalanan hijau.

Malaysia Airlines
Stimulus Cuti Malaysia tawar subsidi destinasi domestik

Bermula 23 November 2020, rakyat Malaysia yang layak dapat menuntut potongan harga RM50 setiap kaki, sehingga RM200 setiap penumpang sewaktu membeli penerbangan di mana-mana destinasi di Malaysia.

Sebagai contoh: Dari Pulau Pinang ke Kuantan melalui Kuala Lumpur, dua kaki dapat potongan RM100. Sekiranya ini termasuk perjalanan pergi balik, anda boleh menuntut diskaun sehingga RM200.

Selain itu, Cuti-Cuti Malaysia dengan Malaysia Airlines akan mendapat bonus 500 ‘Enrich Miles’ jika anda mendaftar sebagai ahli Enrich. Bonus itu bakal dikreditkan selepas selesai melakukan perjalanan udara.

Jualan kempen sokongan ini berkuat kuasa dari 24 November sehingga 8 Disember 2020, manakala tempoh perjalanan bermula hari ini sehingga 30 Jun 2021.

Untuk melakukan tempahanan penerbangan, sila layari pautan ini – Malaysia Airlines Cuti Cuti Malaysia.

Malaysia Airlines
Foto - AFP

Sebelum ini, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk membenarkan gelembung perjalanan domestik bagi negeri zon hijau di seluruh negara bermula 22 November lalu bagi merancakkan aktiviti dan sektor pelancongan domestik. 

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju dengan cadangan prosedur operasi standard (SOP) Gelembung Perjalanan Domestik oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC).

Sekiranya anda terlepas, OPPO dengan kerjasama Tourism Malaysia melancarkan pertandingan fotografi ‘Be A RENOgrapher’ – baca di sini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!