Malaysia Destinasi Pelancongan Kesihatan Terbaik Kali Keempat Berturut-Turut, Ini 6 Faktor Kejayaan - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

Malaysia Destinasi Pelancongan Kesihatan Terbaik Kali Keempat Berturut-Turut, Ini 6 Faktor Kejayaan

Avatar
Share
Malaysia
  • Anugerah pelancongan kesihatan 2019/2020 merupakan kemenangan bagi empat tahun berturut-turut oleh Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC).
  • Berita gembira itu dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan yang disayangi, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitternya.
  • Kejayaan tersebut diumumkan pada anugerah Pelancongan Kesihatan Antarabangsa Jurnal Pelancongan Perubatan Antarabangsa (IMTJ) yang dilangsungkan secara online

Standing in the eyes of the world! Tahniah diucapkan kepada keseluruhan pasukan mahupun individu yang terlibat.

Sekali lagi, Malaysia menempa kejayaan setelah memenangi anugerah Health and Medical Tourism Destination of the Year 2020.

Menurut Kamus Dewan, pelancongan kesihatan merujuk kepada kunjungan pelancong ke sesebuah negara atas sebab perawatan dan perubatan disamping makan angin.

Malaysia
Malaysia terus melakar kecemerlangan dalam bidang pelancongan kesihatan bagi empat tahun berturut-turut

Jadi, anugerah ini bukan sesuatu perkara yang boleh dipandang rendah biarpun ia berteraskan pelancongan kesihatan.

Malaysia sememangnya mempunyai potensi besar menarik minat pelancong luar sebagai destinasi perubatan pilihan atas faktor keyakinan, standard serta mutu rawatan yang ditawarkan.

Memetik perkongsian Dr Noor Hisham, beliau mendedikasikan kemenangan ini kepada semua pemegang taruh dan keseluruhan pasukan atas kecemerlangan mereka sepanjang 2019/2020 dengan menggunakan hastag #MalaysiaHealthCare.

Kini, Malaysia memegang gelaran destinasi pelancongan kesihatan terbaik dan terkenal. Hal ini juga terbukti dengan kejayaan Dr Noor Hisham yang mengemudi pasukannya dalam usaha mengekang penularan Covid-19. Namun, kita belum menang lagi!

Malaysia
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Pendek kata, Tanah Air Tercinta bukan sahaja hebat dalam memberikan pengalaman percutian yang indah, malah menawarkan kemudahan kesihatan bertaraf dunia dengan kepakaran, inovatif, kualiti penjagaan, mudah didapati, kos berpatutan serta prasarana kesihatan yang mempunyai kelas tersendiri.

Faktor di atas memberikan kelebihan kepada Malaysia untuk dinobatkan sebagai destinasi pelancongan terbaik bagi tujuan perubatan. Syabas!

*Trivia – Medical Tourism Malaysia telah menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan yang merangkul anugerah kepada lebih 4.9 juta pelancong perubatan dari seluruh dunia.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!