Malaysia Duduki Tangga ke-16 Negara Paling Aman di Dunia, Ini Salah Satu Sebabnya - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Berita Visit Malaysia 2020

Malaysia Duduki Tangga ke-16 Negara Paling Aman di Dunia, Ini Salah Satu Sebabnya

Share
  • Malaysia pernah menduduki tangga ke 25 negara paling aman di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2018.
  • GPI turut mengiktiraf Malaysia sebagai negara kedua paling aman di Asia Tenggara selapas Singapura tahun 2018.
  • Laporan GPI penting & perlu dihebahkan kerana ia akan menarik perhatian global terutama pelabur asing serta pelancong luar untuk datang. #VM2020

Visit Truly Asia Malaysia! Slogan yang digunakan bagi menyemarakkan lagi Tahun Malaysia 2020 yang sedang giat dipromosikan serata dunia.

Tambah pula, laporan Indeks Keamanan Global 2019 menyenaraikan Malaysia pada kedudukan ke-16 negara paling aman di dunia. Malaysia berada pada ranking yang lebih baik berbanding tangga ke-26 pada 2018.

Laporan yang sama turut mengiktiraf Malaysia sebagai negara ketiga paling aman di Asia selepas Jepun dan Singapura. Pencapaian ini sesuatu yang boleh dibanggakan semua pihak! 

Jadi sebab apa Malaysia digelar antara negara paling aman di dunia?

Keindahan sesuatu destinasi itu akan menarik orang untuk berkunjung tetapi keramah-tamahan penduduknya serta keselamatan akan membuat orang tinggal lama dan datang semula.

Benar kata Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat Malaysia bertuah masih dapat meraikan pelbagai perayaan dengan penuh harmoni dan aman.

“Di dalam sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum, agama, kita dapat meraikan kepelbagaian ini, dengan penuh kerharmonian dan keamanan”.

Tanah Tumpah Darahku. Foto - Asiana.my

Oleh itu, Malaysia sentiasa komited mempertingkatkan tahap keselamatan di perairan Sabah dan Sarawak bagi mengekang ancaman luar serta pencerobohan termasuk kes penculikan pelancong.

Penulis berpendapat, pengiktirafan itu secara tidak langsung dapat meningkatkan rasa selamat dan mengurangkan kadar kerisauan/ketakutan jenayah dalam kalangan pelancong ke negara ini bersempena kedatangan Tahun Melawat Malaysia 2020!

Batu Caves, Selangor
Chinatown, Kuala Lumpur. Foto - Lonely Planet

Ayuh sama-sama kita mendokong misi nasional negara mencapai sasarannya untuk menarik kemasukan 30 juta pelancong antarabangsa di samping saling menjaga keharmonian, kestabilan serta keamanan bumi Malaysia tercinta.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!