Malaysia, Indonesia Setuju Pelan 'Travel Bubble' );

Type to search

Backpackerz Berita

Malaysia, Indonesia Setuju Pelan ‘Travel Bubble’

Avatar
Share
Jakarta Indonesia

Malaysia dan Indonesia secara prinsip telah bersetuju dengan pelan ‘travel bubble‘ atau gelembung perjalanan bagi meningkatkan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob berkata pelan yang dikenali sebagai Reciprocal Green Lane (RGL) itu bagaimanapun memerlukan susulan lanjut bagi memperincikan prosedur operasi standard (SOP) untuk pelaksanaan.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

“Ini perlukan susulan terutamanya bagi Malaysia bagaimana untuk memperketat SOP sedia ada.  Ini akan dilaksanakan apabila kedua-dua pihak kesihatan Malaysia dan Indonesia selesa untuk melaksanakan,” katanya dalam satu temu bual bersama Bernama.

Namun begitu, beliau berkata, RGL itu atau di Indonesia dikenali sebagai Corridor Travel Arrangement (CTA) tidak terbuka kepada semua warganegara tetapi bertujuan untuk memudahkan perjalanan para pegawai kerajaan serta pelabur dari kedua-dua negara serta mempertingkat perdagangan terutamanya peniaga bernilai tinggi.

Walaubagaimanapun, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata  kesepakatan yang dicapai Malaysia dan Indonesia  itu dijangka dapat merancakkan semula industri pelancongan dan kebudayaan negara.

Nancy, menurut laporan Bernama, berkata kementeriannya sebelum ini juga telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar bagi meneroka peluang mewujudkan gelembung perjalanan.

Katanya beberapa negara telah dikenal pasti bagi tujuan itu, termasuk negara jiran seperti Brunei, Singapura dan Thailand serta rantau Asia Pasifik seperti Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

“Pelaksanaannya bagaimanapun adalah tertakluk kepada perbincangan dua hala dan pertimbangan mengenai aspek kesihatan, imigrasi, pengesanan data, dan pemantauan berterusan oleh agensi yang berkaitan di kedua-dua negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kesemua negara berkenaan dikenal pasti sebagai selamat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Untuk rekod, Singapura baru-baru ini telah menggantung gelembung perjalanan dengan Malaysia selama tiga bulan bermula 1 Februari 2021 akibat peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!