Malaysia Ungguli Tempat Pertama Bagi Pelancongan Mesra Muslim - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita

Malaysia Ungguli Tempat Pertama Bagi Pelancongan Mesra Muslim

Share

Malaysia menduduki tempat pertama dalam empat daripada enam sektor dalam Laporan Ekonomi Negara Islam Global (SGIE) 2020/21, termasuk dinamakan sebagai negara terbaik bagi sektor Pelancongan Mesra Muslim (MFT), kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri.

Mengikut laporan dikeluarkan firma antarabangsa kajian strategik DinarStandard baru-baru ini, beliau berkata Malaysia juga menerima markah terbaik bagi sektor Makanan Halal, Kewangan Islam dan Kosmetik dan Farmaseutikal.

Katanya, Malaysia diletakkan masing-masing di tempat kedua dan keempat untuk Media dan Rekreasi dan ‘Modest Fashion’.

“Menyedari potensi besar dalam Pelancongan Islamik di bawah konsep MFT, Malaysia menerusi MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) dan agensinya Pusat Pelancongan Islam (ITC) akan terus meningkatkan pasaran menerusi infrastruktur, fasiliti, latihan, pembangunan kapasiti, dan standard dan pensijilan, selain promosi oleh badan promosi pelancongan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada kategori MFT, Kerajaan Malaysia berada pada kedudukan tertinggi dalam dua daripada empat dimensi tanda aras, iaitu dalam tadbir urus yang merujuk kepada peraturan berkaitan industri pelancongan dan kesedaran dari segi liputan media dan latihan pemegang taruh.

Nancy berkata, MOTAC dan ITC memfokuskan dalam melatih pemegang taruh ketika waktu suram akibat pandemik, yang diberikan perhatian dalam laporan SGIE.

“ITC menawarkan satu siri sesi latihan dalam talian berkaitan pelancongan mesra Muslim secara percuma ketika krisis, merangkumi topik seperti pensijilan halal, keperluan pelancong Muslim, Penjenamaan Islamik dan pemasaran,” katanya.

Dalam dua lagi sektor Malaysia berada di tempat kedua dalam Bantuan Kewangan untuk perbelanjaan pelancongan dalam negeri dan ketiga dalam Dimensi Sosial yang berkaitan impak sektor itu terhadap pekerjaan.

Pada sektor Pelancongan mesra Muslim, 200.3 juta pelancong Muslim menyumbangkan US$194 billion (RM790 bilion) dalam perbelanjaan perjalanan pada 2019, membuktikan potensi besarnya. Bagaimanapun pandemik COVID-19 telah melumpukan pembangunan sektor ini yang dijangka pulih ke tahap sebelum pandemik pada 2023.

SGIE menawarkan kedudukan menyeluruh negara yang ketika ini berada pada kedudukan terbaik untuk menangani peluang dalam ekonomi hahal global yang bernilai bertrilion dollar. Sejumlah 81 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan bukan anggota OIC yang mempunyai industri halal yang menonjol, diliputi oleh laporan SGIE.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!