Kerajaan Malaysia, Singapura Setuju Benarkan Rentas Sempadan Mulai 17 Mei Ini, Hanya Untuk Urusan Tertentu Sahaja );

Type to search

Backpackerz Berita

Kerajaan Malaysia, Singapura Setuju Benarkan Rentas Sempadan Mulai 17 Mei Ini, Hanya Untuk Urusan Tertentu Sahaja

Avatar
Share
Malaysia Singapura rentas sempadan

Malaysia dan Singapura bersetuju untuk membenarkan aktiviti rentas sempadan antara kedua-dua negara itu bagi Lawatan Kecemasan berkaitan Kematian dan Penyakit Kritikal (DCEV).

Menurut kenyataan bersama Menteri Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, perkara itu akan dilaksanakan bermula 17 Mei.

rentas sempadan

Kedua-dua negara bersetuju mewujudkan peraturan Keperluan Prosedur dan Kemasukan bagi DCEV, dengan pelaksanaan peraturan rentas sempadan yang ketat.

“Perincian mengenai keperluan prosedur dan kemasukan akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara masing-masing, yakni Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA),” katanya.

Mereka juga menyambut baik persetujuan yang dicapai oleh Singapore Smart Nation and Digital Government Office dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia berhubung verifikasi teknikal bersama sijil kesihatan yang dikeluarkan oleh Singapura dan Malaysia.

Mereka bersetuju kedua-dua negara akan meneruskan pelaksanaan program vaksinasi negara masing-masing untuk memvaksin penduduk jangka panjang, termasuk rakyat Malaysia yang menetap di Singapura dan rakyat Singapura yang menetap di Malaysia.

Kenyataan itu juga berkata, kedua-dua menteri bersetuju untuk meneruskan perbincangan mengenai langkah-langkah pembukaan semula sempadan, yang akan dilaksanakan mengikut situasi Covid-19 di kedua-dua negara, dan keselamatan serta kesihatan penduduk.

Sumber: Bernama
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!