Malaysia-Singapura Setuju Benarkan Rentas Sempadan ‘Bersyarat’ - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Isu Pilihan Editor

Malaysia-Singapura Setuju Benarkan Rentas Sempadan ‘Bersyarat’

Share
  • Inisiatif bersyarat ini dijangka akan dilaksanakan pada 10 Ogos 2020.
  • Hanya melibatkan urusan perniagaan & rasmi serta pemegang pas imigresen jangka panjang.
  • Pemegang pas jangka masa panjang dibenarkan berada di Malaysia atau Singapura dalam tempoh tiga bulan.

Sebelum anda membuat tanggapan atau persepsi negatif terhadap pengumuman rentas sempadan melibatkan Malaysia-Singapura, baca artikel ini sampai habis.

Kedua-dua negara jiran ini bersetuju membenarkan rentas sempadan secara BERSYARAT. Kelonggaran sekatan bukan untuk kemasukan pelancong tetapi melibatkan urusan perniagaan dan rasmi sahaja.

Menerusi inisiatif Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA) dilihat mampu merancakkan semula ekonomi dan beri manfaat dalam pelbagai sektor.

Sin City Kuala Lumpur Sektor Pelancongan Malaysia
Kuala Lumpur
Singapore Singapura
Singapura

Menteri Luar Malaysia berkata sekiranya pembukaan semula sempadan tidak dapat dilaksanakan dengan jiran terdekat, maka sukar untuk digunapakai konsep ‘green bubble’ dengan negara lain.

Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) melibatkan syarat, protokal kesihatan dan tempoh permohonan keluar masuk akan diumumkan 10 hari sebelum pelaksanaan.

Sepanjang tiga bulan, penduduk Singapura dan Malaysia yang memegang pas imigresen jangka masa panjang perlu mematuhi peraturan melibatkan langkah pencegahan dan kesihatan awam COVID-19.

Menteri Luar Malaysia
Menteri Luar Datuk Seri Hishammudin Hussein/Foto - Bernama
Foto - Mat Salleh Cari Makan

Hal ini diumumkan menerusi satu kenyataan bersama melibatkan Menteri Luar Malaysia dan Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.

Kedua-dua pemimpin luar ini sedang merangka mekanik terbaik bagi tujuan rentas sempadan secara harian melibatkan Malaysia-Singapura.

Penulis dah rindu Murtabak Singapore di Restoran Zam Zam. Sama-sama kita doakan agar COVID-19 lenyap dari bumi dan vaksin segera dihasilkan.

Sumber: Astro Awani

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!