Maldives Alu-Alukan Kehadiran Pelancong, Lancar Kempen "Rediscover Maldives... the Sunny Side of Life" - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita

Maldives Alu-Alukan Kehadiran Pelancong, Lancar Kempen “Rediscover Maldives… the Sunny Side of Life”

Share

Bagi mengalu-alukan pembukaan semula sempadan Maldives kepada pelancong luar negara di samping melancarkan kempen “Rediscover Maldives… the sunny side of life”, Perbadanan Perhubungan Awam & Pemasaran Maldives (MMPRC) telah menganjurkan sidang akhbar secara maya melibatkan media-media antarabangsa dari 21 buah negara termasuk Malaysia.

Matlamat kempen terbaharu ini adalah untuk memperkuatkan pasaran bagi menarik semula pelancong ke Maldives.


Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Urusan MMPRC, Thoyyib Mohamed menjelaskan bagaimana kerajaan dan sektor awam bekerja keras bagi memastikan piawaian keselamatan dan kebersihan buat pelancong ke Maldives dalam kehidupan norma baharu.

Beliau turut menjelaskan yang Maldives kini bersedia menerima kehadiran pelancong di mana keselamatan mereka dan pekerja yang bertugas menjadi keutamaan.

Sementara itu, Menteri Luar, yang berbahagia Abdulla Shahid menjelaskan bukan mudah menghadapi pandemik Covid yang menyerang seluruh dunia. Namun, atas kerjasama dan semangat semua pihak Maldives berupaya untuk bangkit dan menerima kehadiran pelancong.

Kenyataan beliau disokong oleh Menteri Kesihatan, Yang Berbahagia Abdulla Ameen yang memberi jaminan bahawa pelbagai langkah-langkah keselamatan telah diatur bagi menerima semula kehadiran pelancong.

Difahamkan, kerajaan menetapkan sasaran seramai 850,000 kehadiran pelancong bagi penghujung tahun 2020.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!