Maldives Benarkan Kemasukan Pelancong Antarabangsa Mulai 15 Julai - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Maldives Benarkan Kemasukan Pelancong Antarabangsa Mulai 15 Julai

Share
  • Resort, liveaboards (bot tinggal) & hotel yang terletak di pulau-pulau tidak berpenghuni akan dibuka mulai 15 Julai ini.
  • Negara kepulauan ini mengalu-alukan pelancong Malaysia untuk mengunjungi ‘The Sunny Side of Life in Maldives’.
  • Pelancong tidak memerlukan sijil kesihatan & akan diberikan visa pelancongan selama 30 hari.

Ramai yang kurang tahu, Maldives sangat bergantung pada industri pelancongan kerana sektor ini menyumbang pendapatan pertukaran asing terbesar.

Kemasukan pelancong antarabangsa ke Maldives turut menyumbang ekonomi terbesar di negara ini.

Langit tidak selalu cerah. Awan pula tak selalu mendung. Pandemik COVID-19 telah mengakibatkan industri pelancongan Maldives lumpuh dan terhenti.

Maldives will re-open for international tourists
Maldives watersport
Maldives watersport

Langkah-langkah kesihatan awam yang ketat perlu diambil untuk mengekang penularan wabak.

Berita baik! Yang Mulia Presiden Ibrahim Mohamed Solih dari Republik Maldives mengumumkan bahawa Maldives akan membuka semula sempadannya untuk pelancong antarabangsa pada 15 Jun 2020.

Maldives telah berusaha untuk mengatur langkah bangkit semula selepas pasca COVID-19. Keselamatan dan langkah-langkah perlindungan perlu dipatuhi pelancong dan staf yang terlibat.

Maldives
Maldives will re-open for international tourists
Visit Maldives

Kementerian Pelancongan Maldives mengeluarkan garis panduan Public Health Interventions to Prevent COVID-19 dengan merujuk kepada operasi standard & maklumat penting kepada pelancong.

Rumah tamu (guesthouse) dan hotel yang terletak di pulau yang dihuni akan dibuka mulai 1 Ogos 2020.

4 Garis Panduan

  • Pelancong tidak harus membayar biaya/kos tambahan.
  • Pelancong tidak diharuskan menghasilkan sijil/keputusan ujian status negatif.
  • Bagi pelancong tanpa gejala, tidak ada keperluan & syarat untuk dikuarantin.
  • Lakukan semakan perjalanan & tempahan yang disahkan mengikut agensi yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Maldives.

Untuk info lanjut boleh layari Visit Maldives atau Facebook Visit Maldives.

Maldives
Guidelines

Sebelum ini kerajaan Maldives telah mewujudkan ‘resort kuarantin’ pertama di dunia untuk pesakit yang dijangkiti COVID-19. Baca di sini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!