Maldives Bina 'Resort Kuarantin' Pertama di Dunia Untuk Pesakit Covid-19 Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Maldives Bina ‘Resort Kuarantin’ Pertama di Dunia Untuk Pesakit Covid-19

Share
  • Negara pulau Lautan Hindi telah mengesahkan 8 kes Covid-19 sejak 12 Mac.
  • Pada masa ini tidak ada penerbangan di dalam atau luar dari pulau peranginan itu.
  • Resort yang disyaki dijangkiti Covid-19 akan dikuarantin secara menyeluruh sebagai langkah mengekang penularan wabak.

‘Kehadiran’ Covid-19 di Maldives telah menjejaskan sektor pelancongan domestik.

Hujung minggu lalu Maldives mencatatkan kes Covid-19 selepas dua pekerja di Kuredu Island Resort & Spa positif wabak itu.

Jadi, pelancong mahupun kakitangan resort yang dijangkiti akan dipindahkan ke pulau kuarantin. Mereka akan memulakan rawatan di sana. Ia seperti ‘pusat pengasingan peranginan’ untuk pesakit Covid-19.

Maldives, negara pertama membuka resort khas pesakit Covid-19

Kerajaan Maldives berkata mereka telah membina resort coronavirus pertama di dunia untuk pesakit dikuarantin di sebuah pulau.

Pulau tersebut dinamakan Villivaru Resort terletak di Kaafu Atoll, kira-kira 24 km di utara ibu kota, Male.

Sebanyak 50 pekerja dikerahkan untuk membina sebuah hotel kuarantin yang indah dalam masa 10 hari sahaja.

Hanya 30 bilik mewah disediakan untuk pesakit secara percuma termasuk pengawasan doktor, namun tiada kemasukan pelawat dibenarkan.

Setiap satu daripada bilik tersebut mempunyai penghawa dingin, termasuk perkhidmatan hidangan bilik, televisyen skrin rata dan bar mini lengkap.

Foto - alexpreview via IG⁣
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!