Maldives Jadi Destinasi Pilihan Pelancong Tahun 2021 - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

Maldives Jadi Destinasi Pilihan Pelancong Tahun 2021

Avatar
Share
Maldives

Sebuah kajian dijalankan oleh Club Med berdasarkan data carian Google mendapati bahawa Maldives adalah destinasi pilihan utama bagi pelancong bagi tahun 2021.

2020 menjadi tahun yang murung bagi industri pelancongan akibat pandemik Covid-19, dan orang ramai terpaksa melupakan seketika hasrat melancong ke luar negara akibat penutupan sempadan kebanyakan negara.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Dengan vaksin Covid-19 yang kini sudah dijumpai, pastinya ramai yang akan berpusu-pusu ‘melepaskan geram’ melancong apabila keadaan kembali pulih pada tahun hadapan.

Berikut adalah destinasi pilihan pelancong berdasarkan data yang dikumpul oleh Club Med:

  1. Maldives
  2. Mexico
  3. Thailand
  4. Turkey
  5. Spain
  6. Amerika Syarikat
  7. Malta
  8. Portugal
  9. Mauritius
  10. Afrika Selatan

Negara-negara eksotik nampaknya menjadi destinasi popular pilihan pelancong bagi tahun 2021.

Data tempahan terbaru dari Club Med juga menunjukkan bahawa Itali semakin menjadi pilihan yang popular baru-baru ini. Kamarina di kepulauan Sicily menyaksikan peningkatan besar sebanyak 214% pada bulan September berbanding tempoh yang sama tahun lalu sementara Cefalu, yang juga terletak di Sicily, menyaksikan peningkatan yang lebih besar sebanyak 350%.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!