Pelancongan Di Maldives Kembali Rancak, Sudah Terima Lebih 100 Ribu Pengunjung Tahun Ini );

Type to search

Backpackerz Insider

Pelancongan Di Maldives Kembali Rancak, Sudah Terima Lebih 100 Ribu Pengunjung Tahun Ini

Avatar
Share
Maldives

Kementerian Pelancongan Maldives menyatakan bahawa negara itu telah merekodkan sebanyak 102,107 kehadiran pelancong dari 1 Januari sehingga 4 Februari tahun ini.

Angka tersebut menunjukkan 47.3 peratus kejatuhan jumlah pelancong berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 193,697.

Daripada jumlah 102,107 berkenaan, sebanyak 10,004 adalah dari tempoh 1-4 Februari dengan purata harian sebanyak 2,501 pelawat.

Rusia menyumbang jumlah tertinggi dengan 22,178 pelancong, diikuti oleh India sebanyak 20,027 pelancong, manakala Ukraine di kedudukan ketiga dengan 7,373 pelancong.

Negara-negara lain yang turut menyumbang kehadiran tinggi adalah Kazakhstan (4,684), Romania (4,456), France (3,782), Germany (3,603), United Kingdom (2,576), Republik Czech (2,129) dan Amerika Syarikat (2,055).

Setakat 4 Februari, sejumlah 145 resort dan 333 rumah tumpangan telah mula beroperasi di Maldives, serta 11 hotel dan 135 kapal safari turut beroperasi.

Sementara itu, 27 syarikat penerbangan sudah menyediakan penerbangan ke Maldives.

Menurut kementerian pelancongan, negara itu menyasarkan jumlah pelancong sebanyak 1.5 juta tahun ini. Tahun lalu, Maldives merekodkan jumlah pelancong sebanyak 555,494 pada tahun 2020 berbanding 1.7 juta pada tahun 2019.

Statistik daripada kementerian pelancongan menunjukkan daripada jumlah 92,103 yang direkodkan pada Januari 2021, sebanyak 0.08 daripanya disahkan positif COVID-19, manakala 0.07 peratus positif daripada 96,412 jumlah pelancong pada Disember tahun lalu.

Kementerian Pelancongan Maldives menerusi Twitter meluahkan kebanggaannya menjadi “salah satu destinasi paling selamat di dunia, terutama dengan program vaksinasi pekerja sektor pelancongan yang kini sedang dijalankan”.

Awal minggu lalu, kementerian pelancongan melancarkan inisiatif vaksinasi pekerja sektor pelancongan. Kumpulan pertama akan menyaksikan 10,000 pekerja barisan hadapan sektor pelancongan menerima vaksin.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!