Maldives Cadang Tawarkan Vaksin Kepada Pelancong Dalam Usaha Pulihkan Kembali Industri Pelancongan );

Type to search

Backpackerz Berita

Maldives Cadang Tawarkan Vaksin Kepada Pelancong Dalam Usaha Pulihkan Kembali Industri Pelancongan

Share
Maldives

Maldives merancang untuk menawarkan vaksin kepada pelancong yang tiba di negara itu dalam usaha untuk menarik ramai lagi orang berkunjung ke negara itu.

Selepas menjadi antara negara terawal yang membuka kembali sektor pelancongan, Menteri Pelancongannya, Dr. Abdulla Mausoom mengesahkan negara itu sedang merangka skim ‘3V Tourism’ iaitu Visit, Vaccinate dan Vacation.

Menurut Mausoom, pihaknya merancang untuk memberi dua dos vaksin kepada pengunjung, bermaksud mereka yang mendaftar untuk skim itu perlu tinggal di Maldives selama beberapa minggu bagi mendapatkan kedua-dua dos.

Beliau berharap program ini dapat membantu meningkatkan pelancongan di negara kepulauan yang terletak di lautan Hindi itu, yang secara purata mencatatkan 1.7 juta pengunjung setahun sebelum wabak Covid-19.

Pihak berkuasa pelancongan Maldives telah menetapkan sasaran kedatangan 1.5 juta pelancong tahun ini. Sehingga kini, hampir 350,000 pelancong telah berkunjung ke negara itu, dan rata-rata pelancong adalah dari India.

Skim itu bagaimanapun tidak akan bermula sehingga seluruh penduduk negara itu, yang dianggarkan kurang dari 550,000 orang, telah divaksin sepenuhnya.

“Idea utama membuka sektor pelancongan adalah untuk menyediakan pelancongan yang selamat dengan kesulitan yang minima,” kata Mausoom kepada CNBC International.

“Jadi setelah negara ini divaksin, maka kita akan beralih ke pelancongan ‘3V’.”

Beliau turut berkata sekitar 53% penduduk telah menerima dos pertama vaksin mereka, termasuk 90% pekerja pelancongan.

Maldives merupakan antara negara yang ekonominya bergantung kepada sektor pelancongan. Data dari Michigan State University menunjukkan bahawa pelancongan menyumbang kepada 28% daripada KDNK Maldives, salah satu daripada yang tertinggi di dunia.

Mausoom bagaimanapun tidak memberitahu sama ada vaksin itu akan diberikan secara percuma atau berbayar.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!