Mampukah Pas Kesihatan Digital Bantu Kembalikan Pelancongan Antarabangsa? - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

Mampukah Pas Kesihatan Digital Bantu Kembalikan Pelancongan Antarabangsa?

Avatar
Share

Salah satu cabaran bagi pegawai kesihatan semasa pandemik COVID-19 adalah menilai status kesihatan pelancong yang tiba ke destinasi. Satu pas kesihatan digital yang baru dibina dikenali sebagai CommonPass kini sedang diuji bagi memudahkan proses ini.

Adalah sukar bagi pegawai imegresen untuk mempercayai hasil keputusan makmal atau rekod vaksinasi dari negara lain. Cabarannya merangkumi bagaimana ia dicetak, ditulis dalam bahasa asing dan diperolehi dari makmal tidak disahkan. Dengan data kesihatan individu yang tidak diyakini, banyak negara merasakan mereka harus mengekalkan larangan perjalanan penuh dan kuarantin wajib selagi wabak ini berlarutan.

Pas digital baru yang dikenali sebagai CommonPass mampu menjadi perantara pelancong yang membawa hasil ujian COVID-19 mereka dalam format standard dan dapat dikenalpasti oleh pegawai negara yang dilawati dengan serta-merta.

Ini membolehkan destinasi pelancongan menyediakan syarat pemeriksaan kesihatan tertentu seperti ujian PCR negatif sebelum berangkat sambil menunggu pengeluaran vaksin COVID-19 bagi mempunyai keyakinan bahawa pelancong benar-benar memenuhi syarat untuk melawat.

Ini akan membolehkan negara lain membuka kembali sempadan mereka dengan teliti dan membolehkan perjalanan dan perdagangan antarabangsa disambung semula, sambil melindungi kesihatan penduduk mereka.

Aplikasi CommonPass beroperasi di bawah garis panduan Peraturan Kesihatan Antarabangsa, Forum Ekonomi Dunia dan Projek Commons. Individu boleh mengakses hasil makmal dan rekod vaksinasi mereka, dan bersetuju untuk menggunakan maklumat tersebut bagi mengesahkan status COVID-19 tanpa mendedahkan maklumat kesihatan peribadi.

Hasil makmal dan rekod vaksinasi dapat diakses melalui sistem data kesihatan yang ada melalui pendaftaran antarabangsa, tempatan atau catatan kesihatan digital peribadi di Apple Health untuk iOS dan CommonHealth untuk Android.

Ujian awal CommonPass sedang dijalankan oleh Cathay Pacific Airways dan United Airlines bagi penerbangan tertentu antara London, New York, Hong Kong dan Singapura dimana ia kemungkinan bakal diperluaskan pada 2021.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!