MAS Lancar Laluan Baharu ke Solo & Pekanbaru, Indonesia, Promosi Istimewa Ditawarkan! Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Airlines Asean Visit Malaysia 2020

MAS Lancar Laluan Baharu ke Solo & Pekanbaru, Indonesia, Promosi Istimewa Ditawarkan!

Share
  • MAS akan terbang dua kali seminggu ke dua bandar ini – Solo & Pekanbaru merupakan destinasi kelima & keenam di Indonesia bagi Malaysia Airlines.
  • Pelancaran itu susulan permintaan yang semakin meningkat bagi penerbangan antara KUL – Indonesia.
  • Penerbangan baharu itu selaras dengan visi & misi Tahun Melawat Malaysia 2020 yang mempromosikan pelancongan sebagai sektor utama ekonomi negara.

Malaysia Airlines melakukan penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Surakarta (Solo), Indonesia menerusi pesawat MH849 yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soemarmo malam Ahad (22 September).

Penerbangan baharu Kuala Lumpur-Solo/Pekanbaru ditawarkan selaras dengan Visit Malaysia 2020

Malaysia Airlines juga melancarkan laluan baharu ke Pekanbaru, Indonesia dengan penerbangan sulung berlepas dari KLIA ke Pekanbaru pada 18 September lalu menggunakan pesawat B737-800.

Solo, secara amnya dikenali sebagai Surakarta, merupakan ibu kota tradisional diraja bersejarah di Kepulauan Jawa.

Solo Menari antara tarikan unik di sini. Diraikan pada 29 April setiap tahun (The Jakarta Post)

“Laluan baharu ini akan mencapai hubungan lebih rapat antara Indonesia-Malaysia khususnya dalam industri pelancongan masing-masing,” – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Izham Ismail.


*Tempoh jualan: Sekarang sehingga 23 Oktober 2019
*Tempoh perjalanan: Sekarang sehingga 23 Oktober 2019

Lempeng versi Surakarta

Pekanbaru pula merupakan ibu kota wilayah Riau, yang mana terletaknya pusat ekonomi bagi negara Indonesia. Lokasi ini kaya dengan tarikan bukit-bukau dan tasik-tasik yang memaparkan pemandangan semula jadi yang menakjubkan!

Tempat menarik di Pekanbaru
1- Harau Valley
2- Sumatra largest open book library
3- Temple Complex
4- Sumatra largest water park
5- Sari Valley Artificial Lake

Untuk lakukan tempahan, sila klik pada link ini – Malaysia Airlines Pekanbaru Solo

Pekanbaru
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!