MATTA Fair 2020 Secara 'Online', Tawar Pelbagai Diskaun & Pakej Percutian Domestik Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Editor

MATTA Fair 2020 Secara ‘Online’, Tawar Pelbagai Diskaun & Pakej Percutian Domestik

Share
  • MATTA Fair Dalam Talian tumpu percutian & perjalanan domestik dengan tawaran pakej menarik.
  • Acara itu akan diadakan dari 9 hingga 15 September tahun ini.
  • Pelbagai diskaun menarik seiring dengan permintaan pelancongan tempatan semasa untuk Cuti-Cuti Malaysia.

Kini tiada lagi kesesakkan yang perlu ditempuh pelawat sekiranya bercadang mengunjungi  Putra World Trade Centre (PWTC) bagi acara MATTA Fair.

Ini lah yang dikatakan norma baharu. Segalanya perancangan sedia ada terpaksa diatur semula agar menepati keadaan semasa dengan persekitaran berbeza.

Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) sedang bekerja keras meneruskan acara tahunan, MATTA Fair biarpun berdepan situasi getir susulan pandemik COVID-19.

MATTA Fair
MATTA Fair 2019 FOTO/Muizzuddin Maksah

MATTA mengumumkan acara berprestij dan tumpuan pelancong tempatan itu bakal dianjurkan secara dalam talian – MATTA Fair Online 2020.

Ia sebagai satu inisiatif baharu untuk membantu ahli-ahli persatuan itu menjual pakej percutian yang menumpukan sektor pelancongan domestik.

Meskipun acara ini tidak lagi dianjurkan secara fizikal, MATTA tetap mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai rakan kongsi pelancongan.


“MATTA bekerjasama rapat dengan rakan kongsi serta penaja yang berpotensi termasuk Tourism Malaysia, Malaysia Airlines, Penang Global Tourism, Persatuan Hotel Malaysia, Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia, Persatuan Spa Malaysia, BOOST, IPAY88 dan pejabat pelancongan negeri,” jelas Datuk Tan Kok Liang, presiden MATTA.


Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang - Gambar Fail

Setiap pempamer akan menawarkan pakej jualan terbaik dengan perkhidmatan tambah nilai pada kadar istimewa dan potongan harga.

Pengunjung alam maya MATTA Fair berpeluang melihat pelbagai tawaran pelancongan serta perjalanan, julat barangan nic serta produk terkini.

Bagaimana saya sebagai pengunjung untuk menyertai acara MATTA Fair dalam talian ini?

Anda boleh melakukan pembelian tiket online di MATTA Fair 2020, bayaran masuk RM4 seorang dan kanak-kanak dibawah 12 tahun adalah percuma.


Pernah dengar mengenai pasar terapung pertama di Malaysia? Jom baca di sini 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!