MATTA Fair Dalam Talian Tawar Lebih 1,000 Pakej Percutian Domestik Menarik - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz Tips

MATTA Fair Dalam Talian Tawar Lebih 1,000 Pakej Percutian Domestik Menarik

Share
matta fair
  • MATTA Fair Dalam Talian 2020 bermula dari 23 hingga 30 September ini.
  • Menawarkan pakej percutian domestik & antarabangsa daripada 100 pempamer (exhibitor).
  • Orang ramai boleh mendapatkan info lanjut berkaitan Matta Fair dalam talian di Mattafaironline.com.my atau layari laman Facebook untuk maklumat terkini.

Kalau dulu pepatah melayu ada menyebut, sediakan payung sebelum hujan. Maksudnya perlu berwaspada dahulu sebelum mendapat sesuatu masalah atau bencana.

Pandemik Covid-19 secara dasarnya telah mengubah masa depan sektor pelancongan tanpa diduga sampai bila kesan terhadap sekatan perjalanan dan sebagainya.

Turut terkesan industri pelancongan yang sebelum ini bergerak aktif menganjurkan travel mart, event, conference dan exhibition sebagai satu usaha mempromosikan produk pelancongan.

Matta Fair
MATTA Fair Online 2020

MATTA Fair dalam talian menawarkan #krazyMATTAdeals dengan penaja terutamanya Pelancongan Global Pulau Pinang, Lembaga Pelancongan Sarawak, Malaysia Airlines & banyak lagi!


MATTA Fair
MATTA Fair 2019 FOTO/Muizzuddin Maksah

Lantas melihat situasi semasa, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan & Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengambil inisiatif baharu mewujudkan MATTA Fair Dalam Talian bagi tahun 2020.

Ia memenuhi kehendak pelancong Malaysia yang mencari percutian menarik seperti pengembaraan unik atau percutian keluarga melalui lebih 1,000 pakej serta tawaran.

Tempah Terus Dalam Talian

Platform yang kali pertama diperkenalkan itu membolehkan ejen, pengusaha dan penyedia perkhidmatan pelancongan menjual pakej-pakej percutian terus kepada pengguna.

Sekaligus, tawaran sepanjang penganjuran MATTA Fair tertumpu kepada pelancongan domestik.

Penganjuran MATTA Fair Dalam Talian memberi isyarat terhadap pendekatan untuk memulihkan semula sektor pelancongan domestik telah dimulakan.

Biarpun penularan tempatan masih aktif, sedikit sebanyak usaha ini menimbulkan minat dalam kalangan pelancong untuk bercuti di Malaysia pasca Covid-19.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!