Melaka Tawar Diskaun 50% Produk Pelancongan Negeri Jika PKPB Ganti PKP Selepas 4 Februari );

Type to search

Backpackerz Berita

Melaka Tawar Diskaun 50% Produk Pelancongan Negeri Jika PKPB Ganti PKP Selepas 4 Februari

Avatar
Share
Melaka

Melaka akan menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi pelbagai produk pelancongan negeri jika PKP yang tamat 4 Februari ini tidak disambung dan digantikan dengan PKPB.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Saari Basiron, beliau berharap tawaran itu dapat menarik minat penduduk tempatan untuk menghidupkan kembali sektor pelancongan negeri, memandangkan SOP ketika ini yang tidak membenarkan rentas negeri.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Tambahnya, bagi menggalakkan penduduk tempatan melancong di negeri sendiri, BPP menawarkan potongan sebanyak 50% bagi 18 destinasi pelancongan utama.

“Ini antara usaha BPP membantu pemain industri yang terjejas teruk sepanjang PKP sejak 13 Januari lalu dan kita mengharapkan kunjungan penduduk untuk menyelamatkan sektor pelancongan dengan diskaun yang diberikan,” kata Saari.

Antara lokasi-lokasi menarik yang menawarkan diskaun berkenaan adalah Melaka River Cruise, Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park, Zoo Melaka dan sembilan buah muzium.

Selain itu, turut menawarkan diskaun adalah Bukit Batu Lebah Ecopark, Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC), Monorail, Air Panas Jasin, Taman Tema Air Bayou Lagoon dan Taman Tema Air Asahan.

Bukan itu saja, Saari berkata sebanyak 55 buah hotel bertaraf lima ke tiga bintang turut akan menawarkan potongan 50 peratus kepada penduduk di negeri itu.

Sumber: Utusan
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!