Tempat Melancong Ke Luar Negara Yang Tidak Perlu Kuarantin );

Type to search

Backpackerz Isu Stay In

Antara Tempat Melancong Ke Luar Negara Yang Tidak Perlu Kuarantin Untuk Rakyat Malaysia

Share

Tibalah masanya untuk merehatkan minda ke luar negara. Sudah puas bercuti dalam Malaysia dan Asia, sekali-sekala tidak salah melancong ke luar negara.

Walaupun sudah banyak negara yang membuka sempadan, ini antara negara yang anda boleh lawati tanpa perlu kuarantin apabila tiba di destinasi.

BACA JUGA: Ini 5 Tanda Korang Perlukan ‘Me Time’

Sebelum meneruskan itinerari perjalanan anda, setibanya di lapangan terbang anda wajib menjalani ujian COVID-19, PCR dan apabila pulang ke Malaysia anda perlu mematuhi SOP dengan kuarantin selama 14 hari.

Destinasi yang disenaraikan ini anda bebas untuk bergerak dengan syarat mendapat dos vaksin penuh.

Maldives

Siapa yang gemarkan pemandangan yang luas, lautan, pulau, air masin dan berenang bebas anda wajib ke Maldives.

Pulau ini terkenal dengan kejernihan air laut, lebih 60 lokasi menyelam, kehidupan laut yang masih lagi terjaga dan pemandangan yang tidak dapat diucapkan.

Perjalanan ke pulau yang indah ini perlu menjalani ujian PCR dalam masa 96 jam. Keputusan negatif perlu dilampirkan pada borang yang diberi dalam masa 24 jam sebelum ketibaan.

Pelawat perlu muatnaik aplikasi TraceEkee untuk mengesahkan keputusan ujian COVID-19 dan menggunakannya ketika menginap di hotel.

Mexico

Yang cintakan seni, budaya dan rizab semula jadi inilah negara yang sesuai untuk anda! Mexico memang terkenal dengan festival kebudayaan, bandar kolonial bersejarah, tempat pelancongan semula jadi, tempat peranginan pantai yang cantik mampu mambuatkan pelancong terpukau.

Antara tempat pelancongan yang popular adalah tapak arkeologi Teotihuacán, pantai Tulum, dan takungan bawah tanah semula jadi di Dos Ojos.

Walaupun pelancong tidak perlu menjalani ujian PCR atau menjalani hari kuarantin, pihak mereka akan meminta para pelawat mengisi borang soal selidik kesihatan supaya dapat mengesan tahap kesihatan pelawat.

United Arab Emirates (UAE)

Inginkan percutian mewah dan rasai kehidupan yang luar biasa, anda bole ke UAE. Dubai antara destinasi kepada mereka yang sukakan membeli-belah kerana di sini menyediakan hub perniagaan serantau.

Selain itu, terdapat banyak tempat yang memecah rekod dunia seperti Burj Khalifa, menawarkan keindahan pulau semula jadi dan tempat peranginan mewah yang diidamkan.

UAE tidak menyekat mana-mana pelancong dan mengalu-alukan pelancong dari seluruh dunia untuk datang dan berehat di negara mereka.

Pelancong wajib menerima vaksin yang diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Setibanya di negara tersebut, pelancong perlu menjalani ujian PCR di lapangan terbang. Pelancong tidak perlu kuarantin setibanya di UAE tetapi ia bergantung kepada negara asal pelancong, negara tertentu perlu mengambil ujian COVID-19 kali kedua atau ketiga selepas tempoh tertentu.

[SUMBER: SAYS.COM]

Spain

Keunikkan bangunan yang dibina, ukiran batu pada dinding bangunan, siling dipenuhi dengan jubin cantik dan halaman yang tenang membuatkan pelancong mudah jatuh hati dengan negara ini.

Sagrada Familia, Barcelona salah satu tempat tarikan orang ramai yang akan membuatkan anda terpukau dengan hasil seni dan budaya mereka.

Pelancong yang ingin bercuti di Spain, perlu mendapatkan vaksin penuh dan bukti. Untuk kanak-kanak 12 tahun dikecualikan daripada syarat sijil vaksinasi.

Apabila tiba di lapangan terbang, pelancong perlu menunjukkan Borang Kawalan Kesihatan yang lengkap dalam masa 48 jam. Pelancong akan menerima emel dengan kod QR yang membolehkan pelancong akses ke lapangan terbang Spain.

Switzerland

Destinasi yang menawarkan keindahan alam semula jadi, bukit-bukau, air terjun, udara bersih dan kawasan hijau yang luas.

Apabila ke Switzerland jangan lupa dapatkan pengalaman anda menaiki kereta api yang mempamerkan landskap semula jadi.

Setiap pelancong yang ingin ke Switzerland perlu mengisi borang yang diisi secara atas talian sebelum meneruskan perjalanan. Selepas selesai menghantar borang, pelancong akan menerima emel dan kod QR sebagai pengesahan.

Pelancong yang menerima dos vaksin penuh tidak perlu menjalani ujian COVID-19 dan kuarantin, kanak-kanak bawah umur 16 tahun tidak perlu menunjukkan bukti ujian COVID-19.

Bagaimanapun, pelancong perlu mempamerkan sijil vaksinasi untuk masuk ke tempat-tempat yang dilawati.

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!