Menangi Tiket Penerbangan Oman Air, Turkish Airlines & China Airlines Secara Percuma di MATTA Fair 2019! Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz Visit Malaysia 2020

Menangi Tiket Penerbangan Oman Air, Turkish Airlines & China Airlines Secara Percuma di MATTA Fair 2019!

Share
  • MATTA Fair September 2019 dibuka dari jam 10 pagi hingga 9 malam.
  • Harga tiket adalah RM4 bagi dewasa dan percuma untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun.
  • Pengunjung dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam LRT untuk ke MATTA Fair kerana berpeluang menebus pelbagai baucer diskaun yang ditawarkan oleh pihak Sunway Putra Mall.

Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2019 yang bakal berlangsung selama empat hari bermula 6 hingga 9 September ini menyasarkan nilai jualan sebanyak RM220 juta! #VisitMalaysia2020

MATTA Fair 2019 mengumumkan penukar mata wang rasmi dan panduan rasmi AR di Wisma MATTA, Kuala Lumpur.

Angka jualan tersebut dijangka diperoleh menerusi kedatangan lebih 110 ribu pengunjung dari seluruh negara termasuk pelancong luar.

Pameran yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu turut mendapat penyertaan daripada Wakil Pertubuhan Pelancongan Negara (Antarabangsa) seperti Taiwan, Jepun, Korea, Indonesia, Macau, Australia, Filipina, India, Sri Lanka, Kazakhstan, Maldives, Afrika Selatan serta destinasi pelancongan baharu iaitu Guam, Amerika Syarikat.

Harga tiket adalah RM4 bagi dewasa & percuma untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun

Ini masa terbaik untuk korang mengatur percutian ke luar negara kerana pelbagai tawaran diskaun tiket penerbangan, hotel, pakej melancong dan umrah. Lebih 196 agensi pelancongan akan berhimpun di sini sepanjang empat hari pameran dengan tawaran menarik untuk pengunjung termasuk cabutan bertuah.

Tidak dilupakan juga, visi Tahun Melawat Malaysia 2020 dengan Johor menjadi pilihan negeri pelancongan domestik tempatan, manakala Taiwan pula dipilih sebagai destinasi kegemaran pelancong Asia. #SalamTaiwan

Terdapat 12 gerai jualan yang melibatkan tourism negeri kecuali Perlis & Kelantan

MATTA Fair September 2019 mendapat kerjasama dengan beberapa pihak termasuk syarikat penerbangan rasmi, Malaysia Airlines; taman tema rasmi, Desaru Coast dan Legoland; pelayaran rasmi, Royal Carribean International, panduan AR rasmi, Top Media Resources serta syarikat rasmi pengurup wang berlesen iaitu Merchantrade Asia.

Menariknya, Merchantrade Asia menawarkan physical currency dengan kadar tukaran wang asing yang kompetitif sepanjang pameran ini.

Merchantrade Multi Currency Card, The Only e-Wallet with 20 Currencies

Khusus untuk ‘bleisure‘ (business traveler) dan frequent traveler, korang boleh dapatkan Merchantrade Multi Currency Card – satu kemudahan terkini bagi sesiapa yang inginkan pengembaraan tanpa membawa wang perbelanjaan yang banyak. Dengan kad tersebut, korang boleh berbelanja pada 20 negara mata wang asing seperti Dollar, Pound, Baht, Rupiah, Yen, Chinese Yuan, Vietnamese Dong serta banyak lagi.

Semua rangkaian perniagaan yang menggunakan visa prepaid boleh diakses menggunakan kad ini. Korang hanya perlu muat turun aplikasi e-Wallet ini kemudian tambah nilai (topup) menggunakan online banking dimana sahaja. Tidak perlu risau lagi tentang isu wang saku tercicir semasa bercuti, ditipu, scammer, baki wang palsu dan sebagainya.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!