Menara Kuala Lumpur ‘Belanja’ Tiket Masuk Percuma & Potongan Sehingga 50% - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Insider Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

Menara Kuala Lumpur ‘Belanja’ Tiket Masuk Percuma & Potongan Sehingga 50%

Share
  • Tiket masuk percuma ini adalah untuk ke Pelantar Pemandangan (Observation Deck).
  • Semua pengunjung ditawarkan potongan tiket 50% sekiranya melawat ke Sky Deck, sah sehingga tawaran berakhir.
  • Pengunjung perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia & norma baharu ketika berada di Menara Kuala Lumpur.

Sebut sahaja Menara Kuala Lumpur atau lebih sinonim KL Tower, penulis terus terfikir bila kali terakhir menjejakkan kaki ke mercu tanda Malaysia yang cukup terkenal ini.

Dulu sewaktu bersekolah rendah pernah mengikuti rombongan ke Menara Kuala Lumpur. Memang cukup seronok kalau kanak-kanak dan seisi keluarga meluangkan masa di sini.

Buat pengetahuan anda, Menara Kuala Lumpur telah dibuka semula sejak ditutup pada 18 Mac lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID-19.

Menara Kuala Lumpur

Sejajar dengan pembukaan semula, KL Tower ingin mengajak anda semua ke Observation Deck secara percuma, dimana harga asal adalah RM30.

Menara Kuala Lumpur mengadakan kempen “We Are Free”, masuk percuma sepanjang bulan Julai ini sempena pembukaan semula pada 27 lalu. 

Selain itu, potongan harga sebanyak 50% akan diberikan kepada pengunjung yang ingin melawat ke dek terbuka yang lebih tinggi iaitu Sky Deck.

Promosi kempen percuma ini bermula dari 1 hingga 31 Julai 2020. 

Night view dari Menara KL
Pelantar Pemandangan (Observation Deck)
Sky Deck KL Tower
Sky Deck
Sky Box

Pelancaran kempen “We Are Free” akan diadakan secara langsung di Facebook Menara Kuala Lumpur (KL Tower official) pada 4 Julai 2020.

Kempen dan promosi sebegini dilihat mampu mendorong rakyat Malaysia untuk merancakkan semula pelancongan domestik dalam masa terdekat ini.

Jadi apa tunggu lagi, jom makan angin di Menara Kuala Lumpur sambil menikmati panorama bandaraya indah bersama keluarga dan kenalan.

Untuk info lanjut serta terma dan syarat, boleh klik di sini.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!