Menawarkan 12 Permainan Air Mengujakan, "Splash Out" Taman Tema Pertama di Langkawi - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Insider Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Taman Tema Visit Malaysia 2020

Menawarkan 12 Permainan Air Mengujakan, “Splash Out” Taman Tema Pertama di Langkawi

Share
  • Gelongsor air dengan ketinggian bangunan enam tingkat merupakan tarikan pelancongan baharu di Splash Out Langkawi.
  • Taman tema air pertama di Langkawi ini terletak di Pekan Kuah, 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
  • Sempena meraikan prapelancaran semalam, Splash Out Langkawi menawarkan harga 50 peratus kepada warga Kedah bermula 15 Disember hingga 31 Disember ini.

Selepas lebih 20 tahun melibatkan diri dalam sektor pelaburan di Langkawi, individu ini merasakan sudah tiba masanya untuk Pulau Langkawi dibangunkan produk pelancongan tempatan yang lebih terkini dan menjadi tarikan di seluruh dunia.

Pengerusi Eksekutif Halim Mazmin Group, Tan Sri Halim Mohammad di hadapan Splash Out Langkawi.

Buat pengetahuan korang, Pulau Langkawi dah ada water theme park guys! Tama tema Splash Out berkonsepkan magis dan fantasi dengan rekaan seni bina pantai klasik ini dimiliki syarikat tempatan iaitu Halim Mazmin Group. 

Mungkin kita cukup sinonim mengenali Langkawi sebagai pulau legenda dan pulau bebas cukai, namun Taman Tema Splash Out dengan keluasan kira-kira 4.8 hektar ini bakal menjadi tarikan pengunjung luar kerana kalau diperhatikan produk aktiviti air sebegini antara yang menjadi tarikan masa kini.

Splash Out tarikan terbaru di Langkawi
Splash Out sesuai untuk percutian bersama seisi keluarga

Sedikit sebanyak pembukaan taman tema air yang pertama ini akan membantu menaiktaraf ekonomi serta merancakkan Pulau Langkawi sebagai kawasan pelancongan di Asia.

Selain itu, kewujudan Splash Out Langkawi menjanjikan keseronokan kepada pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020.

Perfect Storm
Shipwreck Falls
Rainbow Rider

Tarikan Splash Out Langkawi

  • Menawarkan 12 tunggangan & slaid air yang menarik untuk membawa anda ke dunia adventure yang menyeronokkan.
  • Gerai makanan seperti Straits Kitchen, Splash Burger serta kedai cenderamata antaranya Surf & Turf, Bass harbour dan East India.
  • Tunggangan air yang ditawarkan adalah Wild Water, Sprinkle Island, River of Life, Ragin Racers, Poseidon’s Revenge, Splash-Tacular, Perfect Storm, Shipwreck Falls, Big Splash Kingdom, Rainbow Rider, Splash-Python & Splash-Twister.
  • Bayaran masuk bagi dewasa RM75, kanak-kanak 55 & warga emas RM40.
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!