Menawarkan Destinasi Ekopelancongan & Tarikan Percuma, 'BackPackerz' Kongsi Itinerari 4 Hari 3 Malam ke Macao - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Itinerari Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips

Menawarkan Destinasi Ekopelancongan & Tarikan Percuma, ‘BackPackerz’ Kongsi Itinerari 4 Hari 3 Malam ke Macao

Share
  • Masyarakat di Coloane Village masih mengekalkan gaya hidup tradisional Macanese.
  • Fisherman’s Wharf, mercu tanda ikonik ala-ala struktur bangunan bersejarah Colosseum.
  • Tambang bas awam di Macao seragam iaitu MOP 6 (syiling), selain bas ulang alik percuma turut disediakan.

Hampir empat jam sempat melelapkan mata sepanjang tempoh penerbangan, mungkin faktor keletihan disebabkan tiba di KLIA2 seawal 4.30 pagi. Now right time to Experience Macao Your Own Style! 

Sewaktu menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antabangsa Macao, penulis perhatikan suasana airport agak santai, tidak sesak, ruang legar minimalis dan proses imigresen cukup mudah, senang cakap tak banyak ‘songeh’.

Merenung ke luar jendela melihat kebesaranNYA

Sebagai tips untuk korang sentiasa diraikan bila sampai ke sesebuah negara adalah senyuman. Penulis sempat lemparkan senyuman pada pegawai bertugas, menandakan penulis bersedia menjelajah lokasi-lokasi menarik di Macao.

Ibarat slogan yang digunakan untuk pelancong, “Experience Macao Your Own Style”.

Bagi penulis, keunikan Macao lebih daripada sekadar tarikan sejarah dan mercu tanda yang diiktiraf. Jadi korang boleh susun itinerari selama empat hari atau tiga hari sudah memadai untuk teroka Macao dengan gaya percutian BackPackerz!

Tapi kalau korang ada rezeki dan bajet lebih, tiada masalah untuk menginap lebih lama, the longer stay, the more memories we have!

Macao Tower & Nam Van Lake
Jangan lupa dapatkan Macao Guide Book dekat airport / hotel

Sekiranya kenalan korang mengenalkan Macao tentang destinasi sinonim seperti Macao Tower, Ruins of St. Paul’s atau Senado Square. itu tarikan pelancongan yang biasa.

Jadi misi team BackPackerz ke Macao cukup jelas, ‘membongkar’ sisi berbeza negara ini merangkumi destinasi Eco-tourism (hiking & trail), Instagram-worthy spots serta Friendly transportation. Maaf terpaksa guna istilah ‘orang putih’ yang sinonim dan mudah difahami dengan dunia kembara.

Benda pertama yang korang perlu tahu semasa mengembara adalah mod pengangkutan sesebuah negara itu, tidak kira public transport, teksi dan lain-lain.

Satu fakta yang penulis nak kongsikan adalah Macao ini tidak memerlukan e-hailing asing seperti Grab dan Uber.

Fungsi pengangkutan awam yang disediakan cukup efisien, teratur dan mesra pelancong. Penulis boleh tafsirkan hampir 70% penduduk Macao lebih gemar menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik, teksi dan selebihnya baru kenderaan persendirian.

Kalau dekat Semenanjung Macao, korang boleh tengok ramai orang memilih untuk berjalan kaki sekitar kawasan tumpuan pelancong.

Dekat Macao Peninsula, susah nak jumpa traffic light sebab dorang banyak pedestrian crossing

Jarak airport di Taipa dengan Semenanjung Macao sekitar 25-30 minit. Jangan risau, dalam bas korang tak bosan sebab ada free WiFi. Tapi penulis lebih gemar hayati pemandangan yang melintasi pandangan mata ini.


Tips – Matawang rasmi Macao ialah Macao Pataca atau MOP. Tambang bas awam seragam MOP 6 (syiling), korang bayar ke dalam mesin apabila melangkah masuk. Sediakan duit tambang ‘ngam-ngam’ sebab tiada baki akan diberikan. Naik ikut pintu depan dan keluar pintu belakang ye!


Kalau terlepas stesen bas yang dituju, jangan panik sebab bas-bas awam di sini menyediakan display board serta ada pengumuman nama stesen berikutnya, jadi tumpukan perhatian. Pengalaman sama macam naik KTM dan LRT di Malaysia.

Tempat duduk yang selesa
Berdiri pun tak sesak

DAY ONE

Destinasi pertama penulis terokai di Macao adalah Penha Hill yang terletak di Rua de Sao Lourenco. Penha hill adalah kawasan elit ala-ala Bukit Antarabangsa dan menyajikan pemandangan Macao Tower dan Nam Van Lake.

Penulis naik sampai ke Chapel of Our Lady of Penha untuk mendapatkan overall view of Peninsula Macao dan time lapse matahari terbenam.

Jangan lupa singgah ke Rua Da Felicidade atau dikenali sebagai Happiness Street. Ia merupakan Macao’s New Eight Scenic Spots yang menggabungkan pengaruh Portugis dan Cina.

Lokasi lain

  • A-Ma Temple
  • Moorish Barrack
View Macao Tower
Penha Hill
Panorama view di Penha Hill
Kawasan elit di Penha Hill
Rua Da Felicidade
A-Ma Temple
Egg tart Portuguese
Moorish Barrack

DAY TWO

Itinerari hari kedua lebih mengujakan sebab penulis dapat naik Macao Cruise!

Bagi korang yang inginkan pengalaman berbeza, pelayaran Macao Cruise menawarkan panorama laut dan darat yang seimbang. Beri peluang serta ruang pengunjung mendekati Macao secara menyeluruh – Semenanjung Macao, Taipa dan Coloane.

Penulis sempat merakam gambar burung bangau, tiga jambatan silang laut di Macao, Pusat Sains Macao dan Macao Tower sepanjang pelayaran. Untuk buat tempahan boleh layari Macaucruise.com

Macao Cruise
Mungkin burung bangau
Antara jambatan menyeberangi wilayah di Macao
Ruang dalam Macao Cruise cukup luas & selesa
View dari dalam Macao Cruise

Usai pelayaran, penulis singgah ke Taipa Houses Museum dan Secret Gardens. Lokasi ini memang sesuai untuk mengambil gambar dan muat naik dekat Instagram korang.

Nak gambar lebih menonjol dan autentik ala-ala orang Portuguese di sini, korang boleh sewa set kostum Portugis dekat kedai Vestuario de Lisboa. Sewa tiga jam sekitar MOP $680. Boleh cari Ms Niki Cheong. Korang boleh rujuk website ini – Vestuario de Lisboa.

Taipa Houses Museum menampilkan Macanese Living Museum, the Exhibitions Gallery, the Creative Casa, the Nostalgic House dan the House for Reception. Ia dianggap sebagai salah satu peninggalan budaya serta warisan Taipa Island. Masuk adalah percuma!

Tempat menarik

  • Fisherman’s Wharf
  • Travessa Da Paixao “Love Lane”
Masuk adalah percuma di Taipa Houses Museum
Secret Gardens berdekatan Taipa Houses Museum
Boleh bergambar dalam muzium
Secret Gardens
Sewa kostum Portugis untuk gambar lebih 'real'
Colosseum, Fisherman's Wharf
Travessa Da Paixao "Love Lane", free entrance

DAY THREE

Selesai jelajah Macao Peninsula dan Taipa, penulis dan team BackPackerz mengunjungi kawasan yang digelar Macao’s Green Lung iaitu Coloane.

Penulis saran naik bas awam untuk ke lokasi-lokasi di Coloane Village dari Semenanjung Macao, sebab kalau guna teksi, mungkin caj lebih daripada MOP 100.

Penulis berjalan sekitar 15 minit ke stesen Avenida Infante Dom Henrique (bertentangan Winmen Department Store). Naik bus 21A dan berhenti di stesen Parque de Seac Pai Van (hentian ke-14).

Landmark mudah adalah Panda Village, kemudian 10 minit jalan kaki dah sampai di ‘Pekan Coloane’. Nama pun destinasi malar hijau, apa salahnya menghirup udara segar sambil berjalan kaki.

Install aplikasi Moovit untuk perjalanan korang di Macao
Kalau tak faham pengumuman, rujuk display board dalam bas
Hello Coloane Village

Coloane Village masih mengekalkan gaya hidup tradisional Macanese. Korang boleh tinjau kawasan sekeliling dan bergambar untuk Instagram.

Cuma lebih baik minta izin kalau nak rakam foto masyarakat setempat atau berlegar sekitar rumah mereka. Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Lokasi wajib singgah di sini adalah Chapel of St. Francis Xavier dan deretan rumah warna-warni sekitar Coloane Village. Korang pusinglah satu Pekan Coloane ini, semua akses adalah percuma! Sesuai untuk aktiviti bersama keluarga. Sapu sunblock untuk elak kulit sunburn kalau korang datang musim summer.

Pekan Coloane
Coloane Village lokasi santai bersama keluarga
Memang banyak port 'OOTD'
Beramah mesra dengan masyarakat di sini

Seterusnya, penulis sambung kembara di Macao dengan aktiviti lasak dan mencabar stamina.

Macao bukan semata-mata bandar moden yang padat sahaja, negara ini menawarkan destinasi ekopelancongan juga iaitu Hac Sa Reservoir Country Park dan Long Chao Kok.

Lokasi ini menawarkan laluan denai yang sedikit mendaki, menyeberang jambatan gantung, berkelah dan BBQ, sewa bot pedal di tasik (MOP 40) serta slaid rumput. Masuk adalah percuma! Let’s explore and enjoy other side of Macao!

Tarikan lain

  • Hac Sa Long Chao Kok
  • Cunha Street
Hirup udara segar di Hac Sa Reservoir Park
Jambatan gantung
Empangan tasik
Denai di Long Chao Kok
Ada gazebo merah di Long Chao Kok
Cunha Street
Night market di Rua de Cinco de Outubro

DAY FOUR

Hari terakhir di Macao, penulis ambik kesempatan bangun lewat sikit. Terima kasih Caravel Hotel untuk katil dan tilam yang empuk.

Caravel Hotel berkonsepkan boutique hotel di tengah bandar Semenanjung Macao, mudah akses ke tempat tarikan cuma agak mahal. Bergantung kepada bajet korang, tiada paksaan. 

Rugi kalau last day duduk dalam bilik sahaja, jadi korang boleh buat itinerari ringkas iaitu city-walking sekitar Senado Square yang terletak di center of Macao Peninsula. Jarak hotel dengan lokasi UNESCO Historic Centre ini hanya 10 minit berjalan kaki.

Senado Square

Tips Makan di Macao

Kebanyakan tempat makan yang berstatus halal atau Muslim-friendly terletak sekitar Macao Peninsula. Kos makan untuk penulis dan team BackPackerz (dua orang) dalam MOP 150 – 200.

Antara jenis sajian yang korang boleh dapat di sini adalah masakan Indonesia, Cina Muslim dan Arab. Penulis sarankan juga untuk korang bawa instant food pack bagi mereka yang cerewet bab makan atau jenis yang sentiasa lapar.

Tempat-tempat makan yang boleh korang kunjungi di Macao adalah Loulan Islam Restaurant (Halal), Golden Peacock Restaurant (Halal), Taste of India (Halal), Arabian Kebab (Halal), Dong Lai Shun Muslim Restaurant (Halal dan Sambal Jawa Restaurant (Muslim friendly).

Ikan bawal bakar, Restoran Sambal Jawa
Street food seafood di Rua de Cinco de Outubro

Mudah kata, pengembaraan team BackPackerz selamat empat hari tiga malam di Macao cukup lengkap dan padat dengan panduan itinerari yang sesuai untuk digunapakai pengembara solo, travel buddy mahupun seisi keluarga.

Meskipun Macao sebuah negara berskala kecil namun percutian kali ini memberikan pengalaman yang cukup berbeza; gabungan budaya China, Asia dan Eropah, mod pengangkutan yang sangat mudah, tawar keunikan bandar serta tarikan ekopelancongan, Macao destinasi yang membuatkan penulis kagum dan nak datang lagi!

Macao for Everyone!
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!