Menteri Thailand Cadang Kuarantin Sambil Main Golf Untuk Pelancong - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

Menteri Thailand Cadang Kuarantin Sambil Main Golf Untuk Pelancong

Avatar
Share
golf kuarantin thailand

Menteri Pelancongan Thailand menyatakan bahawa beliau telah mengusulkan rancangan untuk membenarkan pengunjung melaksanakan kuarantin di beberapa resort golf di negara itu untuk meningkatkan sektor pelancongan yang merudum akibat pandemik COVID-19.

“Kami sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan Awam dan petugas COVID-19 untuk menawarkan hotel dan golf kuarantin untuk pelawat dengan sijil perubatan,” kata Phiphat Ratchakitprakarn.

Pelancong asing dapat menghabiskan masa kuarantin selama dua minggu di sebuah resort dan bergerak di dalam kawasan hotel dan dibenarkan bermain golf.

Rancangan itu, yang masih perlu mendapat persetujuan kabinet, diutarakan ketika Thailand kini sedang menghadapi gelombang jangkitan kedua setelah berjaya mengawal penularan selama beberapa bulan sebelum ini.

Thailand telah melaporkan sebanyak 10,547 jangkitan dan 67 kematian COVID-19, walaupun sejak terdapat beberapa kluster baru yang muncul bulan lalu menyebabkan angka jangkitan mencecah ratusan kes setiap hari.

Tahun lalu, Thailand telah menarik 40 juta pengunjung yang membelanjakan 1.91 trilion baht (RM257 bilion), tetapi jumlah pengunjung merosot apabila wabak tersebut muncul akibat penutupan sempadan.

Tambah Phiphat, skim visa khas yang dilancarkan tahun lalu untuk pengunjung yang berminat untuk tinggal pada masa yang lama telah menarik minat kira-kira 1,000 pengunjung.

[Sumber: Reuters]
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!