Syarikat Kanada Cipta 'Mesh Pants' Yang Boleh Selamatkan Anda Dari Gigitan Nyamuk, Sesuai Untuk Geng Hiker & Camper

Type to search

Backpackerz Hiking & Outdoor Insider

Syarikat Kanada Cipta ‘Mesh Pants’ Yang Boleh Selamatkan Anda Dari Gigitan Nyamuk, Sesuai Untuk Geng Hiker & Camper

Share
Seluar Mesh Pants

Nyamuk adalah antara musuh yang paling menjengkelkan bagi para pendaki dan mereka yang suka berkhemah. Tetapi mungkin tidak lagi selepas ini dengan seluar unik ciptaan syarikat Kanada, Coghlan ini.

Syarikat pengeluar barangan dan aksesori perkhemahan itu baru-baru ini melancarkan Bug Pants, khusus untuk melindungi pemakai dari nyamuk, kutu, dan serangga lain ketika berada di hutan.

Seluar panjang itu diperbuat daripada jaring poliester dengan 1150 lubang/inci² , dan mempunyai tali pinggang elastik dan getah pelindung untuk mengelakkan serangga masuk.

Dengan rekaan lightweight, kalis api dan sejuk, ia datang dalam pelbagai saiz, dengan pinggang elastik yang mudah untuk dipakai oleh semua orang.

Harga bermula dari US$12.22 (RM50) dan anda boleh dapatkan seluar unik ini di Amazon atau di laman rasmi Coghlan.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!