Monorel Melaka Kini Hanya Tinggal Kenangan? );

Type to search

Backpackerz Insider

Monorel Melaka Kini Hanya Tinggal Kenangan?

Share
Monorel Melaka

Sejak mula beroperasi pada tahun 2010, Monorel Melaka dilihat bakal menjadi salah satu produk pelancongan yang menjadi kebanggaan bandaraya bersejarah itu. Namun, projek yang menelan belanja 16.5 juta itu kini boleh dikatakan seperti ‘hidup segan mati tak mahu’. Di manakah silapnya?

Menurut tinjauan yang dilakukan Utusan Malaysia, perkhidmatan Monorel Melaka dilihat beroperasi sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu, namun menurut beberapa peniaga di Monorel Food Village, ia hanya bergerak pada masa tertentu.

Tinjauan turut mendapati gerabak monorel berkenaan kini tersadai di Stesen Monorel di persimpangan Tun Ali, manakala kaunter menjual tiket ditutup tanpa sebarang notis.

Monorel itu mengalami situasi menyedihkan sejak beroperasi apabila sebanyak 22 kali perkhidmatannya terhenti sepanjang 2011.

Dua insiden mencemaskan yang berlaku juga sedikit sebanyak mencalarkan imej Monorel Melaka.

Insiden pertama yang berlaku pada tahun 2010 melibatkan 20 penumpang terperangkap di dalam gerabak, manakala pada 1 November 2011, dua pelancong Britain iaitu bekas anggota polis, James Craft, 57, dan isterinya, Anne Craft terperangkap hampir satu jam sebelum mereka diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Bebebrapa penduduk tempatan turut meluahkan rasa terkilan dan sedih mereka dengan nasib yang menimpa Monorel Melaka.

Seorang penduduk Kampung Morten, Sheikh Ali Shekih Abdullah, 64, mempersoalkan mengapa kerajaan negeri terus membiarkan perkhidmatan itu seolah-olah ‘berkubur tanpa nisan’.

“Saya sebagai penduduk asal Kampung Morten, saya rasa tidak seronok melihat monorel tersadai. Dulu apabila ia bergerak, kita rasa bangga pelancong mengagumi kampung saya. Tetapi sekarang ini tidak lagi.

“Monorel ini saya lihat perlu dinaik taraf untuk dijadikan ikon seperti beberapa produk pelancongan lain di negeri ini. Rugi kalau kerajaan negeri tidak berbuat sesuatu untuk menyelamatkan perkhidmatan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, masalah kontrak dilaporkan menjadi punca mengapa Monorel Melaka sudah tidak beroperasi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, meskipun monorel itu adalah salah satu produk pelancongan, ia diselia sepenuhnya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Beliau meminta MBMB mengambil tindakan yang sewajarnya agar projek yang menelan kos sebanyak RM16.5 juta itu tidak terus ‘berkubur tanpa nisan’.

Sumber: Utusan Malaysia
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!