Monsun Timur Laut: Aktiviti Mendaki Bukit, Gunung & Mandi Manda Dilarang di Pahang - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Insider Isu Tips Visit Malaysia 2020

Monsun Timur Laut: Aktiviti Mendaki Bukit, Gunung & Mandi Manda Dilarang di Pahang

Share
  • Larangan tersebut berkuatkuasa 20 November sehingga 20 Januari 2020 atau akan dimaklumkan satu tarikh lain.
  • Tindakan tersebut diambil kira bagi mengelak kejadian tidak diingin serta kesan buruk yang boleh membahayakan pelancong mahupun pengunjung terutama menjelang musim cuti sekolah.
  • Bagi mengelakkan aktiviti tersebut ketika musim Monsun Timur Laut, korang boleh lakukan indoor-adventure, taman tema atau mengunjungi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah & Taman Negara National Park.

Terdapat beberapa gunung di negeri Pahang yang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan gunung-gunung ini terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang dan tempat rekreasi lain.

Namun buat masa ini, Kerajaan negeri telah mengeluarkan peraturan larangan bagi aktiviti mendaki bukit, gunung dan riadah di pusat rekreasi sepanjang musim Monsun Timur Laut yang sedang melanda.

Pahang kaya dengan sumber khazanah alam & destinasi ekopelancongan
Mossy Forest. Foto/Mohd Syaiful Azik
Sungai Keliu yang mengalir jernih

Larangan aktiviti pendakian bukit atau gunung sama ada secara solo atau berkumpulan dalam kawasan yang dikawal oleh pihak kerajaan negeri juga tidak dibenarkan.

Selain itu, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menutup sementara 26 Taman Eko Rimba selama tiga bulan sejak 1 November lalu, susulan musim tengkujuh. Antara yang ditutup adalah Taman Negeri Endau-Rompin, Pine Tree Trail dan Mossy Forest.

Aktiviti riadah termasuk perkhemahan, mandi-manda, menyelam dan memancing sama ada di kawasan air terjun, tasik atau pantai juga dilarang. Ia berikutan kebimbangan berlakunya fenomena kepala air di kawasan air terjun selain fenomena air pasang besar di kawasan pantai terutama sewaktu hujan berlarutan.

Pine Tree Hill
Mossy Forest. Foto - Mohd Ariff Samsudin

Negeri Pahang kaya dengan sumber khazanah alam iaitu hutan, air terjun, aliran air sungai, pantai dan taman eko-rimba. Selesai sahaja musim Monsun Timur Laut nanti, hah kunjungilah ke Pahang semula sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Berikut adalah senarai gunung/denai (trail) yang sering menjadi tumpuan pelancong.

  • Gunung Irau, Cameron Highlands
  • Gunung Brinchang, Cameron Highlands
  • Gunung Berembun, Cameron Highlands
  • Gunung Yong Belar, Cameron Highlands
  • Gunung Siku, Cameron Highlands
  • Gunung Suku, Cameron Highlands
  • Gunung Benom, Raub
  • Pine Tree Trail, Bukit Fraser, Raub
  • Rompin Trail, Bukit Fraser, Raub
  • Abu Suradi Trail, Bukit Fraser, Raub
  • Mager Trail, Bukit Fraser, Raub
  • Gunung Rajah, Bentong
  • Gunung Tapis, Sg. Lembing, Kuantan
  • Gunung Nuang, Selangor (tetapi laluan masuk ke Gunung Nuang terletak di Janda Baik, Bentong dan berada dalam kawasan HSK negeri Pahang).
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!