Nak Melancong Lagi? Rasai Keterujaan Pengembaraan Dunia Di 'Klook Travel Fest' 2019! Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Travel Fest

Nak Melancong Lagi? Rasai Keterujaan Pengembaraan Dunia Di ‘Klook Travel Fest’ 2019!

Share
  • Ditubuhkan pada tahun 2014, Klook merupakan platform tempahan aktiviti dan perkhidmatan perjalanan yang terkemuka di dunia dengan tawaran lebih daripada 350 destinasi.
  • Platform ini memudahkan bakal pelancong untuk mencari dan menempah lokasi menarik, pakej lawatan, pengangkutan tempatan, sewaan WiFi, pilihan tempat makan terbaik serta pengalaman unik di seluruh dunia melalui laman web & aplikasi mudah alih – “Keep Looking” (KLOOK).
  • Klook bakal menganjurkan ‘Klook Travel Fest‘ di MITEC, Kuala Lumpur pada 28 & 29 September 2019.

Free and independent traveler (FIT) atau lebih sinonim ‘pengembara bebas itinerari’ merupakan trend melancong baharu yang semakin meningkat. Kebanyakan pelancong kini lebih selesa memilih, mengatur dan meneroka itinerari perjalanan termasuk aktiviti harian mereka sendiri dan bukannya bergantung pada gaya melancong ‘tradisional’.

FIT traveler on the island of Koh Lanta, Thailand

Klook telah mengumumkan pelancaran Klook Travel Fest, sebuah pesta dan pameran pelancongan unik yang menyatukan percutian, keseronokan dan komuniti tempatan pada acara “Exclusive Preview” di Botanica + Co di Bangsar South siang tadi. Thanks for inviting BackPackerz!

Klook Travel Fest akan menampilkan pelbagai tawaran percutian, persembahan seni dan hiburan, pertunjukan muzik serta pengalaman budaya yang terulung dari seluruh dunia sepanjang dua hari penganjuran pada 28 dan 29 September ini bertempat di MITEC, Kuala Lumpur. Ia adalah acara pelancongan julung kalinya di Malaysia yang menyasarkan segmen pelancong persendirian (FIT) yang kian meningkat secara eksklusifnya.

(L-R) Ismael Ma, Vanessa Tevi, Emily Tan (Marketing Lead Klook Malaysia), Marcus Yong (Regional Marketing Director of Klook), Chanwon, Jenn Chia & Dennis Yin
Klook Travel Fest Kuala Lumpur - 28 & 29 September 2019

Korang akan ditawarkan pelbagai tarikan pelancongan, diskaun istimewa, sharing session, hadiah percuma, permainan, pengalaman interaktif yang mesra-Instagram dan banyak lagi. Sesiapa yang bawa kanak-kanak pun boleh datang sebab Kidzania turut menyediakan satu sudut ‘kid-zone’.

Paling menarik, korang yang datang ke Klook Travel Fest berpeluang menangi pelbagai hadiah berjumlah RM100,000 yang merangkumi barangan percutian, peralatan elektronik serta tiket penerbangan pergi balik.

Jangan lupa dapatkan 1001 tip percutian daripada ikon mengembara dan pengaruh sosial (influencers) yang mahir dalam segmen fotografi, videografi, vlog, serta insta-famous.

How to create travel video with scenic shots & vlogging by Ismael Ma & Vanessa Tevi
Pertunjukkan gendang Taiko Jepun
Ah, great beef by Botanica + Co

Pengunjung juga akan dihiburkan dengan nyanyian, persembahan teater oleh Encore Melaka, pertunjukkan gendang Taiko Jepun serta tarian K-pop sepanjang dua hari Klook Travel Fest berlangsung.

Korang boleh menikmati kemasukan PERCUMA ke Klook Travel Fest 2019 dengan memuat turun aplikasi Klook menerusi App Store atau Google Play untuk dapatkan pas kemasukan. Boleh rujuk link ini – bit.ly/myklooktravelfest.

*Info tambahan – Platform Klook boleh didapati dalam sembilan jenis bahasa dan dilanggani dengan menggunakan 41 mata wang dunia.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!