Nature Is Waiting - Koleksi 'Hiking & Outdoor' Sesuai Untuk Musim Panas - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Adventure Hiking & Outdoor Pilihan Backpackerz

Nature Is Waiting – Koleksi ‘Hiking & Outdoor’ Sesuai Untuk Musim Panas

Share
  • Untuk koleksi musim bunga atau panas 2020, Fjällräven tumpu pada pakaian yang sesuai dengan iklim panas.
  • Ringan, pengudaraan yang lebih baik, fabrik yang cepat kering, pakaian & beg galas yang boleh dilipat merupakan ciri utama.
  • Koleksi itu kini boleh didapati di OUTSIDE store, [email protected] Wei Plaza, Kuala Lumpur.

Dari puncak gunung berapi hingga hutan hujan tropika, pendakian dan trekking di Asia memberikan cabaran tersendiri.

Malah, iklim yang lebih hangat dan tidak menentu cukup berbeza jika dibandingkan dengan pengembaraan di negara-negara Eropah.

Kembara ketika musim panas (summer) merangkumi segalanya; berjalan di sepanjang denai yang diselenggarakan dengan baik di bawah matahari terik hingga meredah hujan lebat, guruh dan salji.

Outdoor
Nature is ready when you are - Baha Camp Peak

Situasi seperti di atas secara awalnya tidak menjadi fokus utama Fjällräven. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jenama dari Sweden telah menyedari keperluan untuk menepati aspek tersebut.

Kadangkala kita sebagai pengembara atau kaki hiking mencari-cari produk atau gear bersesuaian dengan iklim yang lebih panas dan tidak menentu.

Di Malaysia, musim tengkujuh sedang menghujani beberapa negeri dan kawasan ketika ini.

Oleh itu, inilah sebabnya Fjällräven mengambil pendekatan untuk menambah koleksi Abisko Midsummer pada produk keluarga Abisko.

Outdoor
Abisko Midsummer Jacket G-1000
outdoor
Kånken Hip Pack
Outdoor
Abisko Midsummer Trousers

Fokus produk ini adalah pada pakaian yang lebih ringan, mempunyai aliran udara tambahan, memberikan kebebasan bergerak serta mengeringkan dengan lebih pantas daripada sebelumnya.

Terdapat beberapa koleksi baharu yang menepati ciri-ciri pendaki mahupun penggemar aktiviti lasak di Malaysia.

Pilihan merangkumi trousers, jacket, shorts, trekking shirt, mountaineering pack, waterproof day pack, hip pack dan banyak lagi.

Outdoor
Vardag Anorak jacket
Outdoor
High Coast Foldsack 24 - Daypack
Outdoor
High Coast Foldsack 24 - Daypack

Trivia – Fjällräven adalah salah satu jenama pakaian dan keperluan outdoor di Sweden serta merupakan pembekal pakaian dan peralatan luaran terkemuka di Scandinavia.

Bagi anda yang ‘bernafsu’ meneroka alam secara trekking di hutan, kembara berbasikal (mountain bike), melakukan pendakian atau penggemar aktiviti lasak, ini masa yang sesuai untuk ‘update’ pakaian dan gear mengikut kesesuaian iklim serta keadaan.

outdoor
Camping & Stargazing

Sempena International Coastal Cleanup 2020, Pulau Kita Day telah dijayakan di Tioman & berjaya kutip 400 kg sisa buangan – baca di sini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!