Malaysia Tersenarai Dalam Top 20 Negara Paling Rugi Dalam Sektor Pelancongan Akibat Pandemik Covid-19 - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

Malaysia Tersenarai Dalam Top 20 Negara Paling Rugi Dalam Sektor Pelancongan Akibat Pandemik Covid-19

Avatar
Share
Sin City Kuala Lumpur Sektor Pelancongan Malaysia

Akibat pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini, pelbagai sektor perniagaan dan perusahaan telah terjejas dan menanggung rugi kerana tidak dapat meneruskan operasi seperti biasa.

Sektor pelancongan juga boleh dikatakan sebagai antara sektor yang paling terkesan memandangkan kebanyakan negara menguatkuasakan penutupan sempadan bagi mengekang penularan wabak tersebut.

Menggunakan data daripada World Travel & Tourism Council (WTTC) dan Bank Dunia, firma Electronic System for Travel Authorization (ESTA) menyenaraikan 20 buah negara dengan kerugian terbesar daripada pulangan sektor pelancongan akibat COVID-19.

Amerika Syarikat berada di tangga teratas dengan jumlah kerugian kira-kira RM595.532 bilion, jauh meninggalkan Sepanyol di kedudukan kedua dengan RM188.813 bilion dan Perancis (RM169.930 bilion).

Thailand yang berada di tangga keempat merupakan negara asia dengan kerugian paling banyak iaitu sekitar RM151.609 bilion.

Malaysia pula berada di kedudukan ke-20 dalam senarai tersebut dengan jumlah kerugian sebanyak RM50.599 bilion.

Berikut adalah senarai 20 negara dengan kerugian terbesar dalam sektor pelancongan akibat COVID-19.

  1. Amerika Syarikat (595.532 bilion)
  2. Sepanyol (188.813 bilion)
  3. Perancis (169.930 bilion)
  4. Thailand (50.599 bilion)
  5. Jerman (140.070 bilion)
  6. Itali (119.946 bilion)
  7. United Kingdom (112.769 bilion)
  8. Australia (110.007 bilion)
  9. Jepun (105.240 bilion)
  10. Hong Kong (97.323 bilion)
  11. China (93.873 bilion)
  12. Macau (93.809 bilion)
  13. Turki (86.328 bilion)
  14. India (67.740 bilion)
  15. Netherlands (60.086 bilion)
  16. Austria (59.067 bilion)
  17. Portugal (56.030 bilion)
  18. Mexico (55.328 bilion)
  19. Kanada (51.086 bilion)
  20. Malaysia (50.613 bilion)

*Data daripada ESTA

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!