Anda Boleh Pergi Ke 8 Negara Ini Tanpa Perlu Kuarantin Jika Sudah Divaksin );

Type to search

Backpackerz Insider

Anda Boleh Pergi Ke 8 Negara Ini Tanpa Perlu Kuarantin Jika Sudah Divaksin

Avatar
Share
Negara Tak Perlu Kuarantin Jika Sudah Divaksin

Pandemik COVID-19 yang melanda telah merencatkan industri pelancongan antarabangsa akibat penutupan sempadan yang dikuatkuasakan oleh kebanyakan negara.

Walaupun ada negara yang kini sudah mula menerima pelancong luar, pelbagai syarat ketat yang wajib dipatuhi sebelum dibenarkan masuk seperti keputusan ujian COVID-19 negatif dan kuarantin wajib.

Kehadiran vaksin diharap dapat memberi sinar baharu kepada industri pelancongan. Ketika ini, banyak negara di seluruh dunia sudah memulakan proses vaksinasi bagi COVID-19.

Sehubungan dengan itu, beberapa buah negara kini sudah melonggarkan syarat masuk ke sempadan negara mereka bagi individu yang sudah divaksin.

Beberapa negara mula menerima individu yang sudah divaksin dengan tangan terbuka tanpa perlu menjalani kuarantin.

Berikut merupakan negara-negara yang memansuhkan kuarantin wajib bagi mereka yang sudah divaksin:

1. Cyprus

Bermula 1 Mac 2021, pengunjung yang tiba di Cyprus dan menunjukkan bukti vaksinasi tidak perlu lagi mengemukakan ujian PCR negatif atau menjalani kuarantin. Namun, perkara ini tidak terpakai terhadap semua negara. Ianya bergantung kepada negara-negara yang berada dalam kategori hijau berdasarkan penilaian secara berkala.

Ayia Napa, Cyprus

2. Estonia

Semasa ketibaan, pengunjung perlu menunjukkan bukti vaksinasi yang sah. Maklumat yang harus ada pada sijil adalah: tempat di mana vaksin dibuat, jenis vaksin yang digunakan, pengeluar vaksin dan nombor kumpulan (batch number) vaksin. Sijil hanya akan diterima pakai dalam bahasa Estonia, Rusia atau Inggeris.

Tallinn, Estonia

3. Georgia

Berkuatkuasa pada 1 Februari 2021, warganegara dari semua negara dibenarkan memasuki Georgia melalui udara dengan prasyarat bahawa mereka dapat membuktikan penerimaan vaksinasi COVID-19 yang lengkap.

T'bilisi, Georgia

4. Iceland

Individu yang berasal dari negara yang tergolong dalam Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) dan Switzerland, dan mempunyai bukti vaksinasi akan dikecualikan dari ujian COVID-19 dan kuarantin semasa tiba di Iceland. Sijil harus menunjukkan tempat, tarikh dan jenis vaksin yang diambil. Selain itu, maklumat pengeluar dan kumpulan (batch) vaksin turut diperlukan.

Reykjavík, Iceland

5. Lubnan

Setakat 11 Januari 2021, pengunjung yang tiba di Lubnan yang menunjukkan bukti vaksinasi COVID-19 akan dikecualikan daripada kuarantin. Sebagai langkah berjaga-jaga, pengunjung masih perlu mengambil ujian PCR (ditanggung oleh syarikat penerbangan). Pengunjung perlu mengambil ujian PCR sekurang-kurangnya 96 jam sebelum berangkat ke Lubnan. Jika tidak, mereka tidak akan dibenarkan melakukan penerbangan ke Lubnan.

Beirut, Lebanon

6. Poland

Setakat 28 Disember 2020, Poland mewajibkan kuarantin kendiri selama 10 hari untuk semua ketibaan ke negara itu. Namun, mereka yang menunjukkan bukti vaksinasi COVID-19 dikecualikan daripada kuarantin. Sekiranya anda masih belum divaksin, anda masih boleh pergi ke Poland dan dikecualikan dari kuarantin jika anda dapat menunjukkan bukti ujian COVID-19 negatif yang diambil dalam masa 48 jam sebelum tiba.

Kraków, Poland

7. Romania

Sejak pertengahan Januari lalu, pengunjung ke negara itu dibenarkan masuk tanpa menjalani kuarantin jika mereka dapat memberi bukti vaksinasi COVID-19. Sekiranya vaksin yang diambil memerlukan dua dos, kedua-duanya mesti diambil sekurang-kurangnya 10 hari sebelum berangkat ke Romania.

Sighișoara, Romania

8. Seychelles

Pengunjung dari semua negara kini dibenarkan memasuki Seychelles jika mereka telah menerima dos lengkap vaksin COVID-19. Vaksin haruslah diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tiba di Seychelles.

La Digue, Seychelles

Dijangka banyak lagi negara yang akan mengikut jejak langkah negara-negara di atas apabila proses vaksinasi semakin meluas.

Negara jiran, Thailand juga kini sedang dalam perancangan untuk mengecualikan mereka yang sudah divaksin daripada menjalani kuarantin wajib 16 hari. Anda boleh baca di sini: Thailand Bakal Mansuh Kuarantin Bagi Pelancong Sudah Divaksin, Mahu Buka Sempadan Tak Lama Lagi

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!