Senarai Negara Terbaik Untuk Diduduki Ketika Covid-19 Menurut Bloomberg

Type to search

Backpackerz Isu

Senarai Negara Terbaik Untuk Diduduki Ketika Covid-19 Menurut Bloomberg

Share
Covid-19

Bloomberg mengeluarkan senarai negara terbaik untuk diduduki ketika musim Covid-19 ini dengan negara jiran, Singapura mendahului senarai tersebut.

Senarai yang dipanggil Covid Resilience Ranking itu menggunakan pelbagai data untuk menilai negara yang paling efektif dalam menangani Covid-19, negara dengan gangguan sosial dan ekonomi paling sedikit – dari kadar kematian dan ujian, hingga akses vaksin dan kebebasan bergerak.

Menurut Bloomberg, penutupan sempadan dan pelaksanaan kuarantin yang ketat menjadi penyumbang utama Singapura berjaya mencatatkan jumlah kes penularan tempatan kepada hampir sifar. Setakat ini, satu per lima daripada populasi Singapura sudah menerima vaksin.

Singapura mencatatkan 79.7 mata dihadapan New Zealand dan Australia dengan masing-masing mencatatkan 79.6 dan 76.2 mata.

Negara Asia mendominasi senarai 10 teratas dengan enam wakil iaitu Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Hong Kong.

Malaysia berada di tangga ke-20 dengan 62.4 mata. Menurut data berkenaan, Malaysia mencatatkan 161 kes Covid-19 sebulan bagi setiap 100,000 penduduk, 0.3% kadar kematian, 44 kematian bagi setiap satu juta penduduk, 3.7% kadar ujian positif dan 2% jumlah populasi yang telah divaksin.

Berikut adalah senarai penuh Covid Resilience Ranking Bloomberg:

Sumber: Bloomberg
Sumber: Bloomberg
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!