Neko Hatago - Hostel Kucing Unik Yang Boleh Dikunjungi Jika Ke Osaka );

Type to search

Backpackerz Stay In

Neko Hatago – Hostel Kucing Unik Yang Boleh Dikunjungi Jika Ke Osaka

Share
neko hatago

Jepun sangat terkenal dengan pelbagai perkara unik dan sebuah hostel di Osaka menyediakan perkhidmatan istimewa kepada tetamunya yang sukakan kucing!

Neko Hatago adalah sebuah hostel yang mempunyai sebuah kafe kucing iaitu Neko Yokujo membolehkan pelanggan bermain dengan kucing sambil menikmati secawan kopi.

BACA: Jepun Cipta ‘Hi Toilet’, Teknologi Kawal Guna Suara 

Tidak hanya itu, hostel dan kafe yang dibuka sejak Disember 2019 ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung yang menginap di situ.

Berikut adalah beberapa perkara unik mengenai hostel ini.

1. Boleh Tidur Dengan Kucing

Tetamu yang menginap di hostel ini bukan sahaja boleh bermain dengan kucing di Neko Yokujo malah menginap dalam bilik yang mempunyai tingkap ke ruang tempat kucing bermain.

Sebelum melelapkan mata, tetamu boleh melihat kucing menerusi tingkap malah mereka boleh mengambil kucing itu tidur bersama mereka di dalam bilik.

Neko Hatago dan Neko Yokujo diuruskan oleh Neko Republic iaitu sebuah badan kebajikan yang menyelamatkan haiwan jalanan.

2. Ada Kafe Kucing Sekali

Neko Yokujo adalah sebuah tempat perlindungan kucing jalanan yang diselamatkan dan kafe ini tidak hanya terdapat di Osaka tetapi di Tokyo, Hiroshima, Aichi dan beberapa negeri lain di Jepun.

Pengunjung bukan sahaja boleh menikmati secawan kopi dan makanan kegemaran tetapi bermain dengan kucing yang ditempatkan di situ.

Malah semua hasil jualan di kafe itu akan digunakan untuk membantu aktiviti menyelamat dan merawat kucing yang diselamatkan.

3. Kucing angkat

Tidak hanya bermain dengan kucing, pengunjung juga boleh membuat permohonan untuk membawa pulang kucing yang berada di situ dalam memberi mereka kehidupan lebih baik.

Bagaimanapun pihak pengurusan tidak sewenang-wenangnya meluluskan permohonan untuk mengambil kucing di situ sebaliknya beberapa prosedur perlu dilalui.

Ini bagi memastikan kebajikan kucing akan terjamin apabila tinggal bersama keluarga angkat.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!