Night Market Too Mainstream, Bangkok Perkenalkan Tarikan Terbaru 'Silom Road Walking Street' - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asean Insider

Night Market Too Mainstream, Bangkok Perkenalkan Tarikan Terbaru ‘Silom Road Walking Street’

Share
  • Silom Road akan bebas tanpa kereta pada hari Ahad minggu ketiga dari 12 tengahari hingga 10 malam.
  • Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha telah merasmikan pembukaan Walking Street @ Silom Road pada 15 November lalu.
  • Seramai 80 ribu orang, tempatan dan pelancong telah mengunjungi Walking Street @ Silom Road & membelanjakan kira kira lapan juta baht dalam tempoh satu hari pembukaan.

Selalu bila kita sebut percutian ke Bangkok, aktiviti sinonim yang orang akan ingat adalah pergi street market atau night market. Kali ini, Bangkok perkenalkan dengan korang, ‘Walking Street Destination’.

Walk, Eat, Taste and Explore. Berikut merupakan tagline kepada kempen pelancongan terbaru di Bangkok untuk mengalu-alukan destinasi tumpuan ‘lalu lintas’ yang mula diperkenalkan pada 15 November lalu.

Foto - 普照
Foto - Siripoj Chamroenvidhya

Silom Road mengalu-alukan pengunjung serta pelancong ke tarikan baru ini pada hari Ahad minggu ketiga bermula 12 tengah hari hingga 10 malam.

Penghibur jalanan, orang ramai, pelancong luar serta muzik langsung mengubah suasana Silom Road sebagai pasar pejalan kaki pertama yang dilancarkan di Bangkok.

Antara vendor yang terlibat sepanjang Walking Street @ Silom Road adalah produk rumah, barangan buatan tangan, produk tempatan, pakaian, pelbagai jenis kraf, makanan dan sebagainya. 

Street busker
Foto - Xavier Ori
Tarikan makanan sisi jalanan
Foto - เมียหลวง

Sempena meraikan kedatangan Tahun Baru 2020, Bangkok Metropolitan Administration turut merancang acara pedestrian-friendly di sisi jalan tumpuan pelancong di Bangkok antaranya Yaowarat dan Khao San Road.

Kempen Walking Street dilaksanakan untuk menggalakkan lebih banyak perbelanjaan di kawasan tumpuan pejalan kaki serta meningkatkan ekonomi tempatan sebelum inisiatif ini diteruskan ke wilayah lain di Bangkok.

My Two Cents,  kempen destinasi pejalanan kaki di beberapa jalan tumpuan pelancong sekitar Bangkok cukup menarik. Menukar jalan yang sesak dengan kereta pada hari kerja kepada acara hujung minggu tanpa kenderaan yang memfokuskan kepada tarikan pelancong pada masa yang sama merancakkan industri pelancongan masyarakat setempat.

Street paint. Foto - Santa Rattanarongkaporn
Foto - Ann Jutamas

  • Lokasi: Silom Road dari persimpangan Sala Daeng ke persimpangan Narathiwas
  • Waktu Beroperasi: 12 tengahari – 10 malam pada hari Ahad alternatif dari Disember – Mei
  • Akses ke Silom Road – BTS: Sala Daeng (any exit) / MRT: Si Lom Station (exit 2) / Bas: Tiada bas berhenti di Silom kerana jalan ditutup kepada lalu lintas.
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!