Nikmati Aiskrim Raksasa Comel di Roji Monster Ice Cream );

Type to search

Backpackerz Insider Makan-Makan

Nikmati Aiskrim Raksasa Comel di Roji Monster Ice Cream

Ain Huda
Share

Lama tak makan aiskrim. Siapa penggemar aiskrim tak kira musim hujan ke musim panas ke memang kena cari aiskrim, korang boleh cuba kedai aiskrim best dekat SS 15, Subang Jaya.

Roji Monster Ice Cream kedai dessert yang menghidangkan aiskrim yang unik, comel dan sedap! Aiskrim yang dihidangkan bentuk raksasa kecil yang cute dan pelbagai warna.

Ada enam jenis perisa aiskrim iaitu Milk Monster Ice Cream, Watermelon Lychee Monster Ice Cream, Black Sesame Monster Ice Cream, French Cocoa Monster Ice Cream, Mango Yogurt Monster Ice Cream dan Uji Matcha Monster Ice Cream. Anda juga boleh memesan topping mengikut kreativiti anda. 

Selain daripada aiskrim, ada menu lain yang disajikan. Minuman sejuk macam Mango Sparkling Juice, Black tea Lattte dan Hojicha Latte. Minuman panas pula Matcha Latte dan Hojicha Latte. Akhir sekali hidangan pemanis yang lain seperti Marshmallow Toast dan Red Bean Toast.

Sesekali bawa pasangan atau anak-anak makan aiskrim comel macam ni seronok juga, kan?

Anda boleh ke Instargam Roji Monster Ice Cream, Facebook Roji Monster Ice Cream Malaysia dan laman web Roji Monster Ice Cream Malaysia yang juga menyediakan penghantaran makanan.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!