Nikmati Keindahan Awan Karpet Di Bukit Panau - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

Nikmati Keindahan Awan Karpet Di Bukit Panau

Ain Huda
Share

Sekali-sekala lari daripada kesibukan kota dan tenangkan fikiran menikmati keindahan alam dapat ‘refresh‘ mental lima hari dah bekerja.

Kepada yang gemarkan aktiviti mendaki, anda boleh cuba terokai Bukit Panau, Kampung Baru di Jerantut, Pahang untuk menikmati nilai alam sekitar dan hirup udara segar.

 

 

Apa yang istimewa di Bukit Panau adalah fenomena ‘awan karpet’. Bukit ini berketinggian 396 meter.

Untuk sampai ke puncak anda perlu mendaki trek yang mencabar. Pastikan ketahanan fizikal sesuai dengan cabaran yang bakal dihadapi.

 

 

Trek berbukit, menempuh semak dan berbatu. Kecuraman bukit lebih kurang 45 darjah yang memakan masa 45 minit hingga satu jam untuk sampai ke puncak.

 

Di puncak Bukit Panau anda akan disajikan lapisan awan yang memutih. Selain itu, anda akan nampak kawasan hutan dan ladang yang menenangkan.

‘Awan karpet’ boleh dilihat pada tujuh hingga lapan pagi bergantung pada cuaca pada hari sebelumnya. Jadi, sebelum pergi pastikan anda merancang dengan baik.

 

 

Pada musim pandemik ini, pihak pengurusan akan memastikan setiap pengunjung mematuhi SOP yang ditetapkan.

Untuk lihat ‘awan karpet’, boleh layari Facebook Page Bukit Panau atau Instagram Bukit Panau

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!