'No Alcohol, No Bikinis': Visa Pelancong ke Arab Saudi Bakal Diperkenalkan Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Isu Pilihan Backpackerz

‘No Alcohol, No Bikinis’: Visa Pelancong ke Arab Saudi Bakal Diperkenalkan

Share
  • Arab Saudi telah melonggarkan sekatan sosial sejak Mahkota Putera Mohammed bin Salman memulakan rancangan membaik pulih ekonomi bagi mengurangkan pergantungan terhadap industri minyak.
  • Konsert, pertunjukan tarian dan tayangan filem telah menarik beribu-ribu pengunjung ke Arab Saudi sepanjang tahun lepas.
  • Arab Saudi sedang membangunkan projek-projek pelancongan utama dan mengubah pantai Laut Merah untuk menarik lebih ramai pelancong.

Arab Saudi telah sekian lama menjadi salah satu negara paling sukar di dunia untuk dikunjungi, sebahagian besarnya mengehadkan visa untuk perjalanan perniagaan, menunaikan rukun agama atau pertemuan keluarga. Tetapi sejak 2016, kerajaan Arab Saudi mula membangunkan sektor pelancongan sebagai sebahagian daripada pelan ekonomi Mahkota Mohammed bin Salman memandangkan harga minyak jatuh merosot.

Riyadh, Saudi Arabia (Lonely Planet)
Qasr Al-Farid adalah makan terbesar Mada'in Saleh, kini sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO berhampiran Al Ula di Arab Saudi. (Istock)

Terkini, Arab Saudi semakin hampir untuk membolehkan pelancong luar mengakses ke negara kaya dengan sumber minyak dengan menawarkan permohonan visa pelancong. Menurut Saudi Gazette, Arab Saudi akan melancarkan visa pelancong baru pada 27 September, yang akan membenarkan rakyat dari 51 buah negara mengunjungi ‘Kingdom Country‘ ini.

Sumber berkata, caj visa yang bakal dikenakan adalah Saudi Riyal 300 (RM335) dengan pemohon perlu membayar tambahan SR 140 (RM157) untuk yuran insurans perubatan. Dengan itu, setiap pemohon visa pelancong akan membayar SR440 (RM492) secara keseluruhan.

Tabuk region, great tourist destination to enjoy the breathtaking nature. Photo - Fawaz War
Pengunjung melihat pertunjukan udara di Mada'in Saleh, salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO di Arab Saudi. Foto - Vivian Nereim/Bloomberg

Kesahihan visa adalah selama satu tahun dari tarikh pengeluaran, dan tempoh menetap adalah tiga bulan untuk setiap lawatan serta tidak melebihi daripada 180 hari dalam tempoh setahun.

Visa akan diperoleh melalui platform elektronik dalam masa 30 minit, atau menerusi proses “visa upon arrival” setelah pelancong tiba di Arab Saudi. Difahamkan, tiket balik atau tempahan hotel tidak perlu dinyatakan dalam visa, cukup sekadar butiran alamat pelancong.

Pelancong beragama Islam akan mendapat faedah untuk melakukan Umrah sewaktu musim bukan haji, memasuki Makkah, melawat Madinah serta mana-mana bandar raya Saudi sebagai pelancong. Jika sebelum ini, jemaah perlu mendapatkan kelulusan visa umrah, visa haji serta visa furada dari Kedutaan Arab Saudi.

Saudi Arabia now accepting tourist visa from females above 25 years traveling alone

Bilangan negara yang mendapat faedah visa pelancong dijangka meningkat pada suku pertama tahun 2020, sementara beberapa negara yang layak adalah Amerika Syarikat, Kanada, Britain, New Zealand, Korea Selatan, Itali, Iceland, Perancis, Norway, Sepanyol, Greece, Belanda, Romania, Croatia, Sweeden, Denmark, Estonia, Finland, Singapura, Malaysia, Kazakhstan, Rusia, Austria, Belgium, Poland, China, Hong Kong, Bulgaria, Jepun, Brunei, Afrika Selatan, Singapura dan Taiwan.

TRIVIA – Salah satu sebab mengapa Kerajaan Kingdom mengambil masa yang lama untuk membenarkan kemasukan pelancong luar adalah ketegangan untuk meluluskan dan mengekalkan amalan tradisi Islam konservatif.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!