Padjajaran Anyar Skylodge Jawa Barat– Hotel Tergantung Pertama Di Asia! - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asean Stay In

Padjajaran Anyar Skylodge Jawa Barat– Hotel Tergantung Pertama Di Asia!

Share

Tergantung di tebing Gunung Parang, Jawa Barat pada ketinggian 500 meter, kelihatan sebuah struktur aluminium di mana manusia boleh menginap di dalamnya.
Dikenali sebagai Padjajaran Anyar Skylodge, ia merupakan hotel tergantung pertama di Asia dan kedua di dunia selepas Glass Pods dibuka di Peru pada tahun 2013.

Pemiliknya, Encik Dhanni Daelami berkata pembukaan hotel tersebut memberi peluang kepada pengunjung tidur di tebing gunung – sebelum ini terhad kepada pendaki ‘otai’ seperti dirinya.

Berbanding tidur di atas pelantar mudah alih yang kebiasaannya dilakukan para pendaki, tetamu di hotel (lodge) yang mula beroperasi pada Disember 2016 ini dapat menikmati penginapan persis hotel sebenar – lengkap dengan alat penghawa dingin, tandas beserta sinki, katil, televisyen, cerek air dan ketuhar gelombang mikro.

Lodge yang berkeluasan 3 x 5 meter ini mampu memuatkan lima tetamu pada satu-satu masa.

Untuk sampai ke hotel ini, pengunjung perlu mendaki di permukaan gunung melalu laluan besi yang berfungsi seakan tangga. “hanya terdapat satu laluan untuk ke sini (lodge). Jadi ia boleh dikatakan eksklusif untuk pengunjung kerana anda boleh meneruskan pendakian ke puncak (Tower 3) Gunung Parang pada ketinggian 930 meter selepas menginap di hotel kami,” ujar Dhanni.

Harga penginapan di sini adalah lima juta rupiah (RM1480) semalam.

Kredit Foto: Facebook & Blog Skylodge Padjajaran Anyar & Airbnb

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!