Pak Cik 74 Tahun Kutip 9,000 Botol Kaca Di Tepi Pantai Terengganu Dan Buka Muzium Botolnya Sendiri
Share

Tekad seorang warga emas berusia 74 tahun untuk memastikan kawasan pantai Terengganu bersih membuatkan dia sanggup mengutip botol kaca yang dibuang merata-rata.
Tengku Mohamad Ali Mansor telah melakukan perkara itu sejak 15 tahun lalu dan sehingga kini, dia telah mengumpul 9,000 biji botol kaca pelbagai bentuk dan rupa.