'Pak Long' Benarkan Aktiviti Kolam Renang, Sungai & Pawagam Beroperasi Semula - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

‘Pak Long’ Benarkan Aktiviti Kolam Renang, Sungai & Pawagam Beroperasi Semula

Share
  • Kerajaan bersetuju untuk membenarkan aktiviti kolam renang, pawagam & teater.
  • Aktiviti pelancongan air seperti sungai, pantai, laut & tasik turut dibenarkan dengan syarat.
  • Taman tema air masih tidak dibenarkan untuk beroperasi lagi.

Mesyuarat bersama Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Ismail Sabri telah bersetuju membenarkan aktiviti di kolam renang, panggung wayang, teater dan pertunjukkan langsung beroperasi semula.

Kebenaran ini dikuatkuasakan pada 1 Julai ini mengikut beberapa pematuhan seperti yang telah ditetapkan.

Kolam renang dibenarkan

Operasi pawagam dan teater hanya dibenarkan di kawasan tertutup. Operasi standard (SOP) yang ketat termasuk kawalan kemasukan pelanggan.

Dari segi jumlah tidak melebihi 250 individu setiap pertunjukkan serta mengikut kapasiti dewan. 

Sebelum masuk premis, SOP perlu dilaksanakan seperti biasa; periksa suhu badan, memakai pelitup muka, cuci tangan (sanitizer), di dalam panggung perlu diletakkan jarakan sosial antara satu sama lain.

Persembahan/pertunjukkan di kawasan terbuka masih dilarang

Bagi aktiviti riadah kolam renang pula dibenarkan di lokasi awam, hotel, kondominium, kawasan terkawal (gated community) serta private pool.

Prasyarat yang perlu dipatuhi adalah menyediakan pengawal atau penyelia; tidak hanya tumpu kepada keselamatan pengguna di kolam renang tetapi jumlah serta masa penggunaan.

Kerajaan tidak menggalakkan penggunaan kolam renang buat kanak-kanak tetapi ia terserah kepada pihak pengurusan.

Sumber: Harian Metro

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!