Pakistan Promosi 'Sisi Lain' Pelancongan Untuk Jana Pendapatan Negara - Verst );

Type to search

Backpackerz Berita

Pakistan Promosi ‘Sisi Lain’ Pelancongan Untuk Jana Pendapatan Negara

Avatar
Share

Bagi menangani masalah pengangguran di negara tersebut, Pakistan menerusi program Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) telah mempromosikan sektor pelancongan sebagai salah satu tujuan untuk menjana kembali pendapatan negara setelah pandemik Covid-19 melanda.

Menurut dari kenyataan rasmi, Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berkata, mereka mahu perkenalkan sisi lain dari negara tersebut serta manfaatkan potensi sektor pelancongan yang sangat penting.

Beberapa langkah telah diambil bagi penambahbaikan dalam sektor pelancongan dengan melonggarkan sekatan visa untuk pelancong asing, promosi dan pasarkan sektor mereka di media sosial untuk menggalakkan ramai orang mengunjungi Pakistan.

Tambah Khan lagi, Pakistan mempunyai banyak tempat pelancongan yang belum dimanfaatkan dan terdapat zon iklim yang berbeza bagi mempromosikan kepada dunia. Selain itu, fokus pada ekopelancongan juga dititikberatkan bagi memastikan pemuliharaan alam sekitar.

Pembantu Khas Perdana Menteri Luar Negara, Syed Zulfiqar Abbas Bukhari juga mengatakan yang pembangunan pelancongan sedang banyak diusahakan dan terdapat beberapa tempat pelancongan yang berpotensi sedang dilakukan dalam pemetaan geografi.

Pegawai tersebut turut menyampaikan Pelan Pembangunan Pelancongan 2020-2021 termasuk pengembangan keupayaan sumber daya manusia, penyediaan rancangan induk untuk 40 lokasi, tujuh taman tema, pembangunan 60 laman web baharu, Piawaian Nasional dan Pensijilan untuk perkhidmatan berkualiti kepada pelancong dan 30 kebolehlaksanaan piawaian antarabangsa, tambah kenyataan itu.

[Sumber: BERNAMA]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!