Paris Perkenal "Wayang Pacak" Atas Air Guna Bot dengan Konsep Penjarakan Sosial - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia

Paris Perkenal “Wayang Pacak” Atas Air Guna Bot dengan Konsep Penjarakan Sosial

Share

Paris Plages, merupakan sebuah acara tahunan yang dianjurkan ibu negara Perancis yang menyaksikan pembuatan pantai-pantai sementara di sepanjang Seine dan Bassin de la VIllete pada musim panas.

Tahun ini, satu kelainan bakal berlaku di mana berikutan penularan wabak Covid-19, acara popular ini bakal berlangsung dalam bentuk “Cinema sur I’Eau” yang bermaksud ” wayang atas air.”

Rangkaian pengurusan panggung wayang tempatan, Mk2 berkolaborasi dengan jenama aiskrim popular, Haagen-Dazs untuk memberikan pengalaman tontonan unik ini.

Justeru, pada 18 Julai depan sekitar jam 7:30 malam, seramai 150 penduduk tempatan bakal menonton “Le Grand Bain” – sebuah filem komedi tentang sekumpulan lelaki yang menubuhkan pasukan renang.

Mereka akan menonton dari sejumlah 38 buah bot elektrik di atas air.

Menurut syarikat perhubungan awam Spark Agency, setiap bot memuatkan enam orang dengan pematuhan kepada arahan penjarakan sosial.

Hanya rakan-rakan atau ahli keluarga dibenarkan berada di dalam satu bot.

150 penonton bertuah bakal dipilih meallui cabutan bertuah yang telah bermula sejak 7 Julai lalu dan berakhir pada Rabu ini.

Sumber: Le cinema sur I’eau

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!